Terbaru: Seruan dari Morsi Untuk Selamatkan Mesir

Avatar photo

 

mohammed-morsi-8

Mohamed Morsi yang dipenjarakan setelah digulingkan sewaktu pemerintahannya pada Julai 2013 menyeru penyokongnya untuk meneruskan rancangan “revolusi” mereka. Beliau telah menyampaikan mesej ini di Facebook pada hari raya Aidilfitri.

“Gerakan revolusi kita telah berlalu, dan terus berlalu. Ini merupakan lumrah sejarah bagi setiap gerakan revolusi,” kata Morsi dalam mesej yang diterbitkan Khamis petang lalu.

Sambung beliau lagi, “Tanggungjawab negara ini berada di atas bahu kita. Revolusi ini akan mencapai kejayaan. Kita akan bangkitkan idea dan tujuan revolusi ini. Kita juga akan selamatkan Mesir daripada kuasa diktator.”

Morsi merujuk dirinya sebagai “Presiden Republik Arab Mesir” di bawah tandatangannya sendiri.

Morsi merupakan presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi, namun beliau kemudian digulingkan setelah berlaku insiden rampasan kuasa oleh pemerintahan tentera yang diketuai oleh ketua tentera, Abdel-Fattah al-Sisi pada 3 Julai 2013. Tanggal Mei 2014, Al-Sisi kemudian dilantik sebagai presiden negara itu.

Pada bulan lepas, pemimpin Ikhwanul Muslimin tersebut dijatuhi hukuman mati atas tuduhan pengintipan. Beliau turut dipertanggungjawab atas insiden lari dari penjara pada 2011 lalu ketika berlaku demonstrasi yang menjatuhkan Hosni Mubarak, presiden Mesir ketika itu. Selain daripada hukuman mati, Morsi juga dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

 

Diterjemah oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tindakan Thailand Menghantar Semula Muslim Uighur Dikecam

Next Post

Analisis Hubungkait Pivot in Asia dan Tindak Balas Malaysia Terhadap TPPA

Related Posts