Apa Yang Sedang Berlaku Di Laut China Selatan Sekarang? – Siri 2

Kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8

14 Julai 2023 | Malaysia

Kapal penyelidikan China ceroboh Kawasan Zon ekonomi eksklusif negara di Laut China Selatan, gugat kedaulatan sempadan Malaysia kepada China

Sejak 21 Jun lepas, kapal penyelidikan China, Haiyang Dizhi 8 telah menceroboh sempadan negara di Laut China Selatan. Kapal tersebut dipercayai menjalankan kajian saintifik dasar laut di kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Pada ketika ini, sudah tiga minggu kapal penyelidikan China, Haiyang Dizhi 8 berada di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals).

Meskipun dikawal oleh kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Kelantan, tiada tindakan lanjut dan tegas daripada kerajaan Malaysia. China pernah melakukan perkara yang sama pada tahun 2020 melibatkan kapal Haiyang Dizhi.

Pencerobohan ini menggugat keselamatan sempadan dan sumber asli negara

17 Julai 2023 | Malaysia

Kapal tentera China, China Coast Guard 5202, ceroboh sempadan Malaysia 2 kali tahun ini, gugat kedaulatan sempadan negara

Selepas menetap tiga minggu di kawasan perairan negara, kapal survei China Haiyang Dizhi 8 kembali ke Beting Patinggi Ali bersama pengiringnya, Pengawal Pantai China 5202 pada 16 Julai.

Ini merupakan kali kedua kapal Pengawal Pantai China ceroboh perairan Malaysia pada tahun ini. Kali pertama adalah ketika bulan Mac selepas mereka melakukan provokasi di perairan Filipina dan Vietnam.

Trend pergerakan China di Laut China Selatan boleh disimpulkan kepada dua perkara; Pertama, China ingin melakukan aktiviti penerokaan minyak dan gas di perairan negara dan mengaut keuntungan daripada sumber asli.

Kedua, China ingin menguji reaksi Malaysia ketika pencerobohan berlaku dan akan melakukan tindakan lebih agresif seperti menggerudi dasar laut sekiranya tiada reaksi yang aktif.

Oleh itu, pergerakan masuk Kapal Pengawal China mungkin hasil daripada tiada reaksi daripada kerajaan Malaysia.

Sumber: Defence Security Asia & Twitter @GordianKnotRay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perangkap Multikulturalisme Dalam pembinaan Etos Nasional

Next Post

Chip War: From Cold War to Trade War and Cyber War

Related Posts
Skip to content