Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, menggesa kerajaan meningkatkan kadar kutipan cukai, pada masa sama mengumumkan sasaran pendapatan yang lebih jelas daripada pembaharuan cukai. Tambahnya, ia adalah bagi memastikan pemilihan instrumen cukai yang berkesan berikutan pelaksanaan pembaharuan cukai menerusi peningkatan cukai perkhidmatan dan pengenalan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dianggap tidak mencukupi. (The Edge)
Dalam perkembangan lain, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah telah menghadiri mesyuarat IMF dan World Bank di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 April hingga 19 April. Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha tindakan perubahan iklim global merangkumi penetapan harga bahan api, penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada tenaga boleh baharu. (MOF)
Di peringkat antarabangsa, Bank Dunia bersama IMF, OECD, dan PBB dalam Platform Kerjasama Cukai (PCT) sedang giat mempromosikan usaha mengoptimum sumber domestik negara iaitu dengan pengenalan cukai-cukai baharu atau peningkatan kadar cukai sedia ada sebagai mekanisme pembiayaan projek Sustainable Development Goals (SDGs) di negara membangun. Hal ini kerana, pembiayaan dari negara-negara bependapatan tinggi menerusi inisiatif Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) tidak mencukupi untuk mengatasi masalah perkembangan SDG yang terbantut. (IFC, UNDP, World Bank, SDSN)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.
Related Posts
Iran, Indonesia Setuju Berdagang Mata Wang Tempatan, Hapus Dominasi Dolar AS
Presiden Iran, Seyed Ebrahim Rayeesi mengesahkan Tehran dan Jakarta bersetuju untuk mengukuhkan dan mengembangkan hubungan ekonomi antara kedua-dua…
Chinese premier arrives in Indonesia for official visit
JAKARTA, May 6 (Xinhua) — Chinese Premier Li Keqiang arrived in Jakarta Sunday for an official visit to…
Jumlah Batal Tanah Rizab Melayu di Selangor Lebih Tinggi Berbanding Jumlah Ganti, Risiko Kurangkan Keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor
Berdasarkan jawapan bertulis Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023,…