Benarkah GMO Bertujuan Untuk Menyelamatkan Dunia?

GMO-wheat

Dunia bakal menerima makanan baru yang berasaskan tanaman yang diubahsuai secara genetik (Genetically modified-GM) dan hal ini disokong oleh Pro-GMO (Genetically Modified Organization) yang menyatakan dengan lantang bahawa teknologi tersebut dapat memberikan hasil tanaman yang lebih baik daripada tanaman yang bukan berasaskan teknologi ini, meningkatkan pendapatan para petani, mengurangkan penggunaan kimia dalam tanaman, tahan lasak dengan perubahan iklim serta selamat untuk dimakan oleh manusia malah dikatakan mampu menyelamatkan jutaan nyawa manusia di bumi ini.

Sebenarnya kenyataan ini amat sukar untuk dipercayai kerana ianya sering berasaskan kepada kesimpulan idea yang umum dan penyelidikan yang diragui datanya lalu memberikan gambaran yang tidak jelas. Hal ini terbukti apabila Steven Druker, seorang ahli primatologi terkenal, telah membongkar penipuan teknologi GM ini melalui bukunya, ‘Altered Genes and Twisted Truth’.

Tidak kurang juga begitu banyak kritikan dan hentaman yang disuarakan oleh pro-GMO bagi membidas sesiapa sahaja yang berani mempersoalkan tindakan dan misi kemanusiaan mereka.

Jika selama ini mereka sering mengatakan mereka memperjuangkan kebajikan para petani, keselamatan makanan, pilihan dan demokrasi maka sepatutnya mereka perlu membongkar dan mencabar mana-mana syarikat pertanian yang berselindung disebalik projek GM yang banyak mengamalkan amalan-amalan yang memberi impak negatif kepada seluruh dunia.

Hal ini terbukti apabila Argentina terpaksa berhadapan dengan kemelut kanser secara besar-besaran yang berpunca daripada penggunaan racun serangga berasaskan glifosat di mana majoriti syarikat pertanian menggunakan racun serangga dari jenis tersebut. Manakala, para petani kecil-kecilan dan penduduk tempatan di Selatan Amerika pula terpaksa berpindah keluar dari tanah mereka sendiri apabila sebuah syarikat pertanian mengambil alih penempatan mereka bagi menjalankan penanaman berasaskan teknologi ini secara intensif.

Teknologi pengubahsuaian secara genetik ini juga gagal meningkatkan keupayaan dunia untuk menyediakan sumber makanannya sendiri dan turut menimbulkan masalah besar kepada keselamatan makanan dunia.

Pertanian industri berasaskan petrokimia pula memberikan hasil yang kurang efisien berbanding syarikat-syarikat kecil. Tambahan lagi, majoriti tanah telah dikuasai oleh syarikat pertanian tanaman komoditi, institusi pelaburan dan syarikat pertanian. Malah, mereka banyak menyebabkan penyakit seperti kanser, pencemaran air dan ketandusan tanah yang berlaku di sekitar kawasan tersebut. Hal ini membuatkan dunia semakin terancam akibat kehilangan upaya untuk menyara penduduk dunia termasuklah kehilangan sumber pendapatan bagi para petani.

Mexico turut mengalami nasib yang sama apabila obesiti, diabetes dan pelbagai lagi penyakit mulai merebak akibat kualiti makanan yang terjejas dan kemusnahan kawasan pertanian yang berpunca daripada Perjanjian Perdagangan dan Pelaburan Utara Amerika (NAFTA).

Di India pula, 300,000 petani kehilangan kawasan pertanian yang telah diusahakan selama 20 tahun lalu, gara-gara tindakan sewenang-wenangnya oleh kebanyakan syarikat pertanian Barat yang bertapak di atas tanah pertanian mereka dengan alasan untuk penstrukturan semula pertanian. Kesemua ini hanyalah bertujuan untuk menghapuskan pertanian di India demi kepentingan syarikat pertanian tersebut dalam membolot segala keuntungan.

Natijahnya, ribuan petani membuat protes di jalan-jalan Delhi dan bantahan dari Ghana hingga ke Brazil dalam menentang penguasaan syarikat-syarikat sedemikian kerana mengongkong segala hal yang berkaitan dengan pertanian.

Dunia juga menyaksikan ekonomi dan ilmu pengetahuan peribumi musnah di tangan kebanyakan syarikat pertanian yang berstatus global ini. Tambahan lagi, mereka ini dibantu oleh kerajaan. Jika tujuan penubuhan syarikat sebegini gagal direalisasikan melalui perjanjian perdagangan atau komplot yang dilakukan oleh kebanyakan institusi antarabangsa seperti WTO (World Trade Organisation), maknanya mereka sebenarnya sedang berusaha untuk mencetuskan rantaian pinjaman dan peperangan seperti yang berlaku di Ukraine.

Dunia ini sebenarnya tidak memerlukan Organisasi Pengubahsuaian Secara Genetik (GMO) kerana ia merupakan sebuah polisi semasa dan sistem penghasilan makanan global yang bercanggah dengan matlamat keselamatan makanan dan menyumbang kepada kemiskinan dan kebuluran.

Alangkah lebih baik jika pro-GMO memberi penawar bagi segala penyakit yang terhasil daripada kegiatan projek GM ini termasuk sekali syarikat yang menjalankan projek tersebut yang telah banyak menjejaskan keselamatan makanan dunia dan kemusnahan yang melanda di seluruh dunia daripada berselindung disebalik motif yang kononnya untuk menyelamatkan jutaan nyawa di bumi ini.

Oleh: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: globalresearch.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelarian Rohingya hanyut di lautan Indonesia

Next Post

Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB); Ancaman Atau Kemajuan Kepada Ekonomi Dunia?

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content