50 orang mati dalam serangan terbaru Rusia di Damsyik

syria

Seramai 50 orang penduduk mati dibunuh dalam serangan udara yang dilakukan oleh kapal terbang Russia di Bandar Duma, Damsyik  semalam.

Pegawai pertahanan kawasan tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa kapal terbang Russia telah melancarkan 25 serangan ke atas penempatan penduduk di Duma menyebabkan 50 penduduk terkorban dan lebih 200 orang cedera.

Menurut kenyataan rasmi, serangan udara Russia turut mensasarkan serangan ke kawasan penempatan orang awam di bandar berdekatan; Bandar Zamalka, Arbin, Hamorya dan Jobar di Damascus. Sumber turut memberitahu bahawa serangan udara daripada pihak Rusia dan Syria telah menyebabkan kemusnahan besar  harta benda dan bangunan penduduk. Sehingga kini pihak penyelamat masih berkerja keras untuk mengeluarkan penduduk daripada runtuhan.

 

Terjemahan oleh: Muhaimin Razak

Sumber: MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Maritime Silk Road: Strategi ketenteraan terbaru China?

Next Post

Adakah negara-negara Islam bersedia membina sistem sendiri?

Related Posts
Skip to content