Confucius Institute alat penjajahan China

Gambar : Majlis perasmian Confucius institute di SEGI University yang dirasmikan oleh Huang Peiyi (empat dari kiri), Pengarah Perhubungan Luar, Hainan Normal University, China dan disaksikan oleh pengarah-pengarah tertinggi SEGI University.

Pada tahun 2004 lalu, kerajaan China telah menubuhkan sebuah institut bahasa dan budaya yang dikenali sebagai Confucius Institute yang bertujuan bagi mengalakkan pembelajaran bahasa dan kebudayaan China.  Institusi yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan China ini dilihat memberi fokus pengembangan institusi koloborasi mereka dengan pusat bahasa di luar negara.

Walaupun sedia maklum, fahaman Komunis dan Conficius tidak mempunyai pertalian sejarah yang harmoni, Kerajaan Mao di China tetap mengunakan nama Confucius bagi institusi ini dengan  tujuan memperomosikan bahasa dan kebudayaan mereka.

Sehingga tahun 2014, usaha mereka dilihat sangat berjaya dengan pembukaann sebanyak 465 buah institusi di lebih 123 buah negara[1].  Mereka merancang untuk membina lebih 500 buah institusi lagi yang 100 daripadanya tertumpu di sekitar Amerika Syarikat.

Malaysia juga tidak ketinggalan. Pada tahun 2015, sebuah Institut Konfusius telah dibuka dengan usaha sama SEGI University[2]. Pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh Huang Peiyi, Pengarah Perhubungan Luar, Hainan Normal University, China dan disaksikan oleh pengarah-pengarah tertinggi SEGI University. Selain SEGI,  Universiti Malaysia juga merupakan antara yang terawal membina koloborasi dengan Chinese Language Council International Office (Hanban) di China  dalam penubuhan Institusi Kong Zi .

Meurut Professor Jiang Yinlian, Pengarah institusi Kong Zi di Universiti Malaya, penubuhan tersebut telah banyak membantu dalam  mengukuhkan hubungan antara rakyat China dan Malaysia melalui medium bahasa dan kefahaman budaya[3]. Dalam satu temubual dengan akhbar China Xinhua, Jiang menyebut, bahasa adalah medium terbaik bagi membina jambatan hubungan yang erat dan merapatkan jurang perbezaan dalam kalangan masyarakat majmuk pelbagai budaya seperti di Malaysia.

Isu mengenai sejauh mana ketelusan penubuhan institusi ini di negara-negara asing khususnya terus menjadi persoalan.Iinstitusi ini dikatakan telah menghakis kuasa autonomi pendidikan apabila pengurusan tertinggi menyekat perbinccangan isu sensitif seperti Tibet dan Falung Gong yang dilihat bertentangan dengan kerajaan China. Pada Jun 2014, The American Association of University Professors  telah menggesa kerajaan Amerika Syarikat supaya menutup dan menyemak semula kontrak kerjasama Confucius Institute dan universiti di Amerika syarikat bagi memelihara kuasa autonomi universiti tempatan dalam menentukan silibus dan topik perbincangan. Situasi di Eropah menunjukkan perihal penutupan beberapa Confucius Institute lantaran isu serupa. Menurut Gregory B. Lee, Pengerusi Lembaga Pengarah Lyon Confucius Institute, mereka dipaksa untuk mengikut arahan dari Beijing dalam menentukan silibus pembelajaran.

Walaupun isu ini telah membawa kepada penutupan beberapa Confucius Institute di serata dunia., namun jumlahnya dikira masih kecil dibandingkan dengan institusi baru yang berjaya dibuka. Faktor utama yang memungkinkan situasi ini adalah lantaran permintaan terhadap bahasa Cina yang semakin meningkat dalam sektor ekonomi dan bantuan dana yang tinggi daripada kerajaan China.

Kenapa hal ini penting?

Kerajaan harus memerhatikan perkembangan pusat-pusat kebudayaan dan bahasa seperti Institut Konfusius ini kerana ianya dikhuatiri boleh menjadi sarang kepada penyebaran propaganda dan doktrin dari kerajaan China. Kita tidak tahu, adakah di sana akan wujud, ejen-ejen perisikan yang menyamar atas alasan akademik untuk mengumpul maklumat mengenai negara kita?

Oleh: 

Dr Sakinah Tasneem

Sumber:

[1] Ching, F. (2014). Growing influence of Confucius InstitutesNST Online. Retrieved 22 November 2017, from     https://www.nst.com.my/news/2015/09/growing-influence-confucius-institutes

[2] Inauguration Ceremony of Confucius Institute at SEGi University, Malaysia.. (2015). Segi.edu. Retrieved 22       November 2017, from https://www.segi.edu.my/en/inauguration-ceremony-of-confucius-institute-at-segi-           university-malaysia/

[3] KZIUM Introduction. (2011). Kongzium.edu.my. Retrieved 22 November 2017, from    http://kongzium.edu.my/?page_id=2160

 

Dapatkan buku PengChinaan Malaysia di pasaran.

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Benarkah dalam Kesultanan Melaka tiada Pengetahuan Teknologi Membina Tembok Batu?

Next Post

Pelabuhan Gwadar berpotensi menjadi pangkalan tentera China

Related Posts
Skip to content