IPP swasta dibenarkan bekal elektrik terus kepada projek pusat data tanpa TNB, risiko korbankan keperluan tempatan dan domestik rakyat

Akses Pihak Ketiga dalam industri bekalan elektrik negara dipercepatkan bagi menampung permintaan tinggi sumber tenaga oleh pelabur luar yang membina pusat data di negara ini. Inisiatif dibawah NETR ini sepatutnya dilaksanakan tahun depan, namun pelaksanaanya diawalkan ke September tahun ini berikutan permintaan tinggi dari pelabur luar pusat data. Pelaksanaan Akses Pihak Ketiga membolehkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyalurkan bekalan tenaga secara terus kepada pengguna tanpa melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB). Walau bagaimanapun, IPP ini dilaporkan akan menyewa atau menumpang transmission line’ TNB. – Berita Harian

Dalam pada itu, inisiatif ini hanya memerlukan IPP swasta untuk membayar tol penggunaan grid atau ‘wheeling charges’ kepada pengendali grid TNB. Oleh itu, pelaksanaan Akses Pihak Ketiga dijangka memberi kesan kepada tariff elektrik. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata tarif elektrik akan disemak semula untuk memasukkan wheeling charges dan perbelanjaan modal untuk pembangunan grid. – The Edge

Penganalisis di Affin Hwang Capital dalam laporan NST menggambarkan permintaan sumber tenaga daripada pusat data ketika ini. Katanya, TNB menerima permohonan bekalan daripada 74 pusat data dengan jumlah permintaan maksimum melebihi 11,000MW (kira-kira 40.6 peratus daripada kapasiti terpasang Semenanjung Malaysia). Pada tahun 2023, TNB telah membekalkan elektrik kepada 9 pusat data dengan jumlah permintaan tenaga sehingga 635MW. Manakala, TNB dijangka menyalurkan jumlah permintaan tenaga sehingga 700MW kepada 9 projek pusat data pada tahun ini. – NST

Bercakap mengenai kepesatan pusat data di Johor, Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman mengakui bekalan air dan elektrik menjadi masalah utama buat negeri itu. Menurutnya, meskipun menggalakkan pelaburan adalah penting, ia tidak sepatutnya mengorbankan keperluan tempatan dan domestik rakyat. – The Edge

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Tenaga 2020, meskipun industri hanya mewakili 0.3 peratus daripada bilangan pengguna elektrik di Malaysia berbanding domestik pada 82.1 peratus, kadar penggunaan elektrik oleh industri mencatatkan peratusan terbesar iaitu 44.9 peratus. Pada masa sama, Johor mencatatkan penggunaan elektrik ketiga tertinggi (18,361 GWj) di belakang Sarawak (27,779 GWj) dan Selangor (28,772 GWj). – Suruhanjaya Tenaga

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel miliki kesemua indikator sebagai entiti pengganas, seluruh dunia perlu ambil tindakan keras dalam berurusan dengan Israel – CEO IRIS Institute

Next Post

Sekatan AS terhadap Jatronics Tidak Beri Kesan Signifikan terhadap Industri Semikonduktor Negara- Ahli ekonomi

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content