Kemenangan Erdogan Dapat Liputan Meluas Media Amerika

Sumber: Berlin Policy Journal

Pilihan raya penentu bagi memilih presiden Turki yang diadakan pada Ahad dan kejayaan Recep Tayyip Erdogan mempertahankan kedudukannya menerima liputan meluas media di Amerika.

CNN membuat liputan menyeluruh sepanjang pilihan raya termasuk sambutan meriah yang berlangsung sehingga larut malam di Ankara selepas Erdogan diisytiharkan sebagai pemenang, lapor Agensi Anadolu.

The New York Times, turut menyediakan ruangan khas di laman sesawangnya untuk berita dan kemas kini mengenai pilihan raya itu.

Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turki selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.

Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.

“Presiden Erdogan menang pemilihan semula selepas berdepan cabaran besar,” tulis The Times.

The Wall Street Journal (WSJ) pula melaporkan artikel bertajuk: “Pemimpin paling lama berkhidmat di negara itu menewaskan pencabar utamanya dalam pilihan raya penentu.”
Artikel itu turut memuatkan kenyataan bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Turki, James Jeffrey, yang menyifatkan Erdogan “tenang berdepan tekanan” dan “tahu apa yang dilakukannya”.

The Washington Post melaporkan:”penyandang presiden terselamat daripada dicabar oleh calon yang disokong gerakan pembangkang bersatu.”

Akhbar Politico pula mengeluarkan berita bertajuk “Erdogan Turki Menang Lagi.”
“Erdogan berada dalam kedudukan yang kuat untuk mempengaruhi bukan sahaja hala tuju masa depan demokrasi di negara yang dihuni 85 juta penduduk itu malah membentuk politik di rantau ini dan selainnya,” lapor Politico.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesir, Arab Saudi Dilaporkan Ingin Membeli Senjata China

Next Post

Adakah Ambalat Termasuk Dalam Perjanjian Malaysia-Indonesia? – Saifuddin

Related Posts

Bangsa Filipina: Singa yang Dikijangkan

Jati diri Islam merupakan satu pendirian yang menusuk ke dalam jiwa seorang penganutnya. Pendirian yang utuh tak gentar siapa kecuali Maha Pencipta ini seberani seekor singa. Namun pendirian ini semakin lama semakin dikikis oleh pihak- pihak luar yang cuba menjinakkan Sang Singa menjadi seperti seekor kijang yang pengecut.
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content