Israel telah menahan 2 orang ultranasionalis tanpa tuduhan dan menahan beberapa suspek lain di Tebing Barat kata pihak berkuasa dalam operasi ke atas mereka yang bersalah membakar rumah warga Palestin yang mengorbankan bayi berumur 18 bulan dan bapanya manakala ibu dan abangnya cedera parah.
Kabinet Israel telah meluluskan penggunaan kekerasan bagi melawan masalah yang semakin bertambah termasuk penahanan warga Palestin yang membolehkan suspek ditahan untuk suatu masa yang tidak diketahui tanpa sebarang dakwaan. Penggunaan kekerasan ini kebanyakan digunakan terhadap warga Palestin namun jarang sekali terhadap penduduk haram Israel.
Pada 22 Julai yang lepas, kabinet Israel meluluskan undang-undang yang membolehkan tentera Israel menahan penduduk Palestin dan mengenakan hukuman penjara selama 20 tahun kepada pelontar batu sementara tentera Israel terlepas dari tersabit dengan sebarang kesalahan membunuh rakyat Palestin selama berpuluh tahun dan dari kesalahan membunuh 4 orang kanak-kanak di yang sedang bermain bola di tepi pantai tahun lepas.
Terjemahan oleh :Amirul Asyraf
Sumber :rt.com,the guardian