Kapal Kargo ‘Sah Lian’ Hilang Di Perairan Sarawak

 

KCM145U_field_image_slider.var_1441836450

Sebuah kapal kargo yang membawa barangan hampir 500 tan dilaporkan hilang di Laut China Selatan Sabtu yang lalu ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Limbang.

Pengerusi Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) Cawangan Sarawak, Admiral Ismaili Single Pit berkata, kapal kargo dengan pendaftaran dibawah nama ‘Sah Lian’ berlepas dari Pelabuhan Kuching pada 2 September dan dijangka tiba di Pelabuhan Limbang pada 5 September.

Kapal tersebut dilaporkan hilang oleh pemilik kapal tersebut apabila kapal itu gagal tiba di Pelabuhan Limbang pada jadual yang ditetapkan. Perkara ini kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Ismaili, pemilik kapal kali terakhir berhubung dengan kapten kapal pada 3 September dan diberitahu bahawa perjalanan dalam keadaan baik.

Namun, selepas menyedari kehilangan kapal itu, pemilik tersebut cuba menghubungi anak kapal tersebut namun gagal.

MMEA Sarawak melancarkan operasi mencari dan menyelamat krew ‘Sah Lian’ seramai 14 orang anak kapal dan seorang kaptain.

Kedudukan terakhir kapal tersebut yang diketahui adalah di Tanjung Sirik di perairan Belawai, Sarikei

Terjemahan oleh : Amirul Asyraf

Sumber:AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terkini: 200 Tentera dan 4 Helikopter Dikerah Mencari 7 Murid Orang Asli yang Hilang

Next Post

Krisis Pelarian Syria: Manipulasi Media Barat

Related Posts
Skip to content