Kerajaan Hantar Pelajar Malaysia Ikuti Modul TVET Di China, Bakal Untungkan Syarikat China di Malaysia

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di China selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0. Seramai 500 bakat kemahiran generasi muda berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 daripada 56 Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) yang ditauliahkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersedia untuk dihantar ke China seawal bulan Mac depan. (Berita Harian, Astro Awani)

Terdahulu, pada 9 November 2023, Malaysia dan China bersetuju untuk menubuhkan sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini. Institusi tersebut adalah Malaysia-China Institute (MCI), yang akan diselia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara). Setakat ini, dilaporkan sebanyak 17 Institusi TVET di China telah menyatakan sokongan kepada penubuhan MCI. (Utusan)

Perkembangan ini bakal memberi keuntungan kepada syarikat China di Malaysia berikutan 100 peratus pelajar yang dilatih di institusi TVET ini akan diambil bekerja oleh syarikat China di negara ini. Tambahan pula, pelajar TVET ini akan dilatih mengikut bidang yang dipelopori oleh China seperti kenderaan elektrik (EV), teknologi solar, digital & ICT, e-dagang, elektrik dan elektronik, teknologi rel, perkhidmatan berkaitan pengeluaran (MRS) dan pemesinan dan perkakasan. (Utusan)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Penyumbang Ke-25 Terbesar Misi Pengaman PBB, Kekalkan Misi Pengaman Antarabangsa Negara Terhad Mengikut Kehendak PBB

Next Post

Menteri Luar Jerman Tegaskan Pendirian Sokong Israel dalam Satu Lawatan ke Malaysia, Risiko Pengaruhi Pendirian Malaysia dalam Isu Palestin

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content