Kerajaan Mesir Merampas 16 Buah Hospital Milik Ikhwanul Muslimin

muslim-brotherhood-mb-office-hq-headquarters

Jawatankuasa Mesir yang ditugaskan untuk merampas serta menguruskan dana gerakan Ikhwanul Muslimin telah membuat keputusan untuk merampas 16 buah hospital yang dipercayai milik gerakan tersebut.
Setiausaha jawatankuasa terbabit, Dr. Mohamed Yasser Abul Fotouh berkata bahawa hospital-hospital tersebut yang terletak di bawah pemerintah wilayah-wilayah kecil di seluruh negara, bakal berada di bawah pemantauan Menteri Kesihatan.
Sambung Abul Fotouh lagi, kebanyakan hospital tersebut akan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Beliau turut memberitahu bahawa kesemua hospital akan terus bekerja dan menawarkan perkhidmatan perubatan seperti biasa.

 

Antara Hospital yang Dirampas:
• Hospital Al-Safwa, Cairo
• Pusat Perubatan Fatah, Cairo
• Sakyet Mekki, Cairo
• Pusat Perubatan Abdel Fattah Shahin, Cairo
• Hospital Tiba 1, Gharbiya
• Hospital Al-Shorouk, Gharbiya
• Hospital Musah, Tanta
• Hospital Tiba 2, Qutour
• Hopital Abul Azm, Mahalla
• Hopital Nour, Mahalla
• Hopital Toyour Al-Ganna, Zefta
• Hospital Al-Hamad, Zefta
• Hospital Salam, Kafr El-Zayyat
• Hospital Al-Shorouk, Damietta
• Hospital Swasta Salam, Damietta

 

Terjemahan: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 300 orang memeluk Islam di Dubai Ramadan lalu

Next Post

Arab Saudi dan Mesir ingin miliki kapal perang

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content