Lebih 300 orang memeluk Islam di Dubai Ramadan lalu

dubai

DUBAI // Menurut Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai, seramai lebih daripada 300 orang telah memeluk Islam pada bulan Ramadan yang lalu – terdiri daripada 92 orang lelaki dan 238 orang perempuan.

Saudara/i baru berkenaan telah mengambil kesempatan memeluk Islam di Pusat Kesenian Islam Sheikh Mohammed bin Rashid ketika berlangsungnya sebuah program dialog di antara agama bertempat di pusat yang sama. Antara aktiviti lain termasuklah syarahan agama, majlis berbuka puasa dan banyak lagi.

Jabatan berkenaan melaporkan bahawa program tersebut telah mendapat sambutan dan kehadiran yang memberangsangkan, terutamanya daripada penganut agama yang lain.

Jabatan yang sama bertanggungjawab menentukan polisi hal ehwal Islam dan aktiviti-aktiviti kebajikan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyebarkan pengetahuan dan kebudayaan Islam, juga meningkatkan kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat. Mereka turut menyemak dan mencetak mushaf Al-Quran, serta menerbitkan buku-buku kegamaan.

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: The National

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tomislav Salopek: Croatia bimbang tebusan di Mesir

Next Post

Kerajaan Mesir Merampas 16 Buah Hospital Milik Ikhwanul Muslimin

Related Posts
Skip to content