Kuasa-Kuasa Eropah Dan Sekutu A.S Tingkatkan Campur Tangan Dalam Krisis Di Laut China Selatan, Jalin Kerjasama Strategik dengan Negara Asean

Kapal induk tentera laut Itali, Cavour bersama dengan kumpulan tempurnya dijangka tiba ke indo-pasifik pada awal tahun ini. Pada masa yang sama, German bakal mengikuti langkah Itali dengan menghantar dua kapal perangnya. Terdahulu, pada Jun 2023, Perancis telah menggerakkan kapal pemusnahnya ke Laut China Selatan. Pergerakan negara-negara Eropah ini adalah bagi mengekang kemaraan China di Laut China Selatan. (SCMP , Reuters, Naval News)

Selain pergerakan ketenteraan, sekutu A.S. ini giat menjalinkan kerjasama dengan negara ASEAN bagi menjamin penguasaan mereka di rantau ini. Pada tahun 2023, Perancis dan Jepun giat menjalinkan kerjasama dengan negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, dan Kemboja terutamanya dalam perkongsian perisikan dan pembekalan senjata serta aset ketenteraan. (StraitsTime, KyodoNews, MindefSG, Intelligence)

Menurut Aristyo Rizka Darmawan, pensyarah undang-undang antarabangsa di Universiti Indonesia, perkembangan ini adalah hasil daripada peralihan geopolitik yang semakin tertumpu dan meningkat ke rantau ini dengan China semakin meningkatkan peranannya. (SCMP)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amalan Ali Baba Ancam Kedudukan Bumiputera dalam Pasaran Tempatan, Warga Asing Menguasai Kawasan Perniagaan Negara

Next Post

Lebih 500 Ribu Buruh Asing ‘Menganggur’ dan Berkeliaran dalam Koloni Pekerja Asing, Risiko Kepada Peningkatan Beban Sosial dan Masalah Keselamatan Negara

Related Posts

RADAR EDISI 93

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9311 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Politik 1. SUPP, bekas Parti Komunis Kalimantan seru kerajaan…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content