Intifadhah Ketiga; Agenda Terbesar Rakyat Palestin

385055_the-Third-Intifada

Baru-baru ini, satu tinjauan telah dibuat untuk mengenalpasti bilangan penduduk Palestin yang menyokong Intifadhah ketiga dalam menentang penjajahan Israel. Keputusan telah menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan berbanding tinjauan sebelumnya pada Julai 2015.

Tinjauan tersebut, yang mana telah dilaksanakan oleh Arab World for Research and Development Center (AWRAD), mengumumkan sokongan untuk intifadhah yang terbaru ini telah meningkat daripada 26 peratus pada Julai 2015 kepada 63 peratus pada Oktober 2015.

Antara 21 dan 23 Oktober, Tinjauan pihak AWRAD telah dilaksanakan ke atas sekumpulan rakyat Palestin yang telah terpilih berjumlah 1200 orang di Tebing Barat dan di Gaza.

“Bancian tersebut dijalankan selepas kejadian yang berlaku pada September di mana Mahmoud Abbas mengutarakan ke Perhimpunan Agung PBB bahawa pihak berkuasa Palestin tidak lagi terikat dengan perjanjian bersama Israel dan mereka turut menuntut perlindungan antarabangsa. Pada hari yang sama bendera Palestin secara rasminya dikibarkan di PBB.” Dinyatakan didalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis.

Satu pertiga daripada responden juga menyatakan kepercayaan mereka bahawa menamatkan kerjasama keselamatan dengan pihak Israel perlu menjadi keutamaan bagi kepimpinan pihak berkuasa Palestin, manakala majoriti 83 peratus lagi disokong oleh pilihan raya perundangan dan presiden.

 

Terjemahan oleh: Muhamad Haiqal

Sumber: HAMAS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pesawat Pertama Buatan China, COMAC Cabar Boeing dan Airbus

Next Post

Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Kali Ke-3: Apa yang Dicapai Mereka?

Related Posts
Skip to content