MH17: Rusia Menentang Resolusi UN Untuk Dakwa Penjenayah

 

Duta UN Rusia, Churkin percaya penghakiman MH17 hanya merupakan drama politik
Duta UN Rusia, Churkin percaya penghakiman MH17 hanya merupakan drama politik

Rusia Guna Kuasa Veto

Rusia dilapor bakal menentang draf resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ingin mengenakan undang-undang tribunal anatarabangsa untuk mendakwa pihak yang menembak jatuh pesawat MH17.

Duta PBB Russia Vitaly Churkin berkata, undang-undang ini dilihat sebagai permainan politik negara barat dan boleh merosakkan usaha bagi mencari pesalah yang sebenar.

Rusia adalah anggota tetap yang memiliki kuasa veto ke atas 15 anggota Majlis Keselamatan PBB, yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pelan yang ditawarkan oleh Malaysia, Belanda, Ukraine dan negara-negara lain yang terlibat dalam siasatan bersama tragedi maut itu.

Ukraine dan negara-negara Barat menuduh pemberontak-sokongan Rusia di timur Ukraine telah menembak jatuh pesawat dengan peluru berpandu buatan Rusia. Tetapi Moscow menafikan tuduhan tersebut dengan mengatakan mereka tidak membekalkan pemberontak dengan sistem peluru berpandu anti-pesawat SA-11 Buk.

“Kita perlu menunggu keputusan siasatan, dan kemudian kita akan fikirkan bagaimana cara paling berkesan untuk membuat prosiding undang-undang,” kata Churkin.

Laporan akhir dari pasukan penyiasat dijangka dikeluarkan pada bulan Oktober.

PM Malaysia : Siasatan yang teliti akan dedahkan siapa dalang sebenar

“Penyiasatan tragedi maut MH17 yang mendalam membolehkan kita dapat kenal pasti dalang sebenar penembak pesawat MH17,” kata YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media bersama ahli keluarga terdekat mangsa pesawat MH17.

Menurut laporan The Star, penyiasatan yang terdiri daripada pasukan penyiasat dari Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine dijangka berlanjutan sehingga ke hujung tahun ini bagi mendapatkan resolusi tragedi malang tersebut.

Ucapan Dato’ Seri Najib itu dirakamkan ketika ahli keluarga mangsa menyambut hari ulangtahun pertama tragedi MH17 yang ditembak pada 17 Julai 2014 pasti tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kesemua 298 penumpang termasuk 28 rakyat Malaysia dan 15 kru penerbangan mati dalam tragedi ini. Lembaga Keselamatan Belanda atau Dutch Safety Board (DSB) dijangka menerbitkan laporan terakhir pada awal Oktober.

 

Disusun oleh: Amirul Asyraf

Sumber: World Bulletin, Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Larang Berniqab Selepas Serangan Pengganas Boko Haram

Next Post

Sejarah : Bangsa Kurdi, Bangsa Tanpa Negara

Related Posts
Skip to content