Malaysia alami cuaca panas, kering hingga September

PETALING JAYA: Malaysia ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca dijangka panas dan kering hingga pertengahan September.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, tiada kawasan yang mengalami cuaca yang terlalu panas sehingga berlakunya gelombang haba.

Katanya, ini berdasarkan stesen meteorologi yang merekodkan suhu tidak lebih daripada 35 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut, justeru MetMalaysia tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40°C.

“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba,” menurut kenyataan hari ini.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan suhu tertinggi adalah pada 1998 ketika fenomena El Nino melanda negara sehingga mencatatkan 40.1°C.

Namun, bermula pertengahan September, MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk seperti hujan lebat di beberapa kawasan di negara.

“Dari segi perubahan cuaca, kami menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi pada pertengahan September disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rahsia Kepesatan Industri Sumber Mineral China

Next Post

Polisi Sumber Mineral Negara Masih Guna Model Legasi Kolonial?

Related Posts
Skip to content