Industri semikonduktor Malaysia tidak menyumbang kepada pembangunan negara berikutan sektor cip negara berkhidmat kepada produk asing. Hal ini kerana, menurut menteri ekonomi, Rafizi Ramli, cip yang dihasilkan di Malaysia dikilangkan untuk jenama asing. (Free Malaysia Today)
Hingga ke hari ini, industri semikonduktor negara tertumpu kepada pembuatan bahagian belakang atau “back-end” dengan menyediakan khidmat Perhimpunan dan Ujian Semikonduktor Sumber Luar (OSAT) kepada syarikat multinasional seperti Broadcom, Infineon, Intel, Osram, Advanced Micro Devices (AMD), Agilent Technologies, Renesas dan Robert Bosch. (The Edge, Visual Capitalist)
Pada ketika ini, Malaysia menghasilkan 13 peratus daripada keluaran pembuatan bahagian belakang semikonduktor dunia. Pada masa sama, Malaysia juga memegang 7 peratus saham pasaran semikonduktor dunia. (East Asia Forum)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.