Normalisasi Saudi-Israel dijangka Seawal Tahun Ini, Bakal Jalinkan Pakatan Keselamatan dengan Amerika Syarikat dan Tubuhkan Kerajaan Proksi di Gaza

US Secretary of State Antony Blinken (C) speaks with Saudi Arabia’s Foreign Minister Prince Faisal bin Farhan (R) as they walk past portraits of the founding leaders of the Gulf Cooperation Council during the Joint Ministerial Meeting of the GCC-US Strategic Partnership discussing the humanitarian situation in Gaza, at the GCC Secretariat in Riyadh on April 29, 2024. (Photo by EVELYN HOCKSTEIN / POOL / AFP) (Photo by EVELYN HOCKSTEIN/POOL/AFP via Getty Images)

Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken telah mengadakan perjumpaan luar sebelum mesyuarat Majlis Kerjasama Negara Teluk (GCC) dan Amerika Syarikat bersama Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada hari Isnin di Riyadh. Tujuan pertemuan ini adalah bagi memuktamadkan perjanjian normalisasi Israel dan pembinaan Gaza selepas perang. (Al-Monitor)

Dalam perbincangan tersebut, Amerika Syarikat dilaporkan menerima tuntutan-tuntutan Arab Saudi seperi menubuhkan pakatan keselamatan menyerupai NATO, kerjasama kuasa nuklear, dan perolehan senjata canggih. Melalui pakatan keselamatan ini, Amerika Syarikat akan memberikan sokongan ketenteraan sekiranya wilayah di Arab Saudi diserang. Tuntutan ini merupakan fokus Arab Saudi sejak proses normalisasi bermula. (Fokus)

Pada masa yang sama, Amerika Syarikat memberi jaminan bahawa pentadbiran baharu Palestin akan dipimpin oleh kerajaan proksi dibawah pengaruh negara-negara Arab dan negara-negara Eropah termasuk Norway. Bagi tujuan tersebut, Antony Blinken mengadakan pertemuan dengan lima negara arab iaitu Qatar, Mesir, Arab Saudi, UAE, dan Jordan di Riyadh. (The New Arab)

Walau bagaimanapun, Arab Saudi dilaporkan mempunyai perkiraan tersendiri samada ingin meneruskan perjanjian normalisasi dibawah pentadbiran Biden atau menunggu keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November ini. (Haaretz)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

Berita ini dikemas kini pada 2 Mei 2024.

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Mula Cenderung kepada China Dalam Krisis Laut China Selatan, Beri Amaran kepada Campur Tangan Amerika Syarikat

Next Post

Malaysia Berada di Rantaian Rendah Industri Semikonduktor Global, Sekadar Menjadi Pembekal Cip Kepada Produk Asing

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content