Amerika Syarikat Ingin Hentikan Sumbangan NGO Palestin di Malaysia Kepada Hamas, Susulan daripada Lawatan Pengarah FBI ke SPRM Tempoh Hari

Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) untuk keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson memaklumkan tujuan utama lawatannya ke Malaysia adalah untuk menyekat dana daripada Malaysia ke Hamas dan mengekang aktiviti jual beli minyak Iran di Johor. Menurutnya, dana kepada Hamas digerakkan melalui aktiviti pengumpulan dana melalui badan kebajikan dan NGO Palestin. (New Straits Times)

Selaras dengan tujuan lawatannya ke Malaysia, Brian Nelson juga melakukan sekatan kepada beberapa organisasi dan individu di Turki yang menderma kepada Hamas. Tambahan pula, bagi memperkukuh usaha ini, Brian Nelson menggunakan rangkaian negara-negara ahli Terrorist Financing Targeting Center (TFTC) yang terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu. Dalam usaha ini, sasaran Amerika Syarikat tertumpu kepada badan amal dan organisasi bukan keuntungan (NGO). (Voa News, Al-Arabiya, Office of Global Affairs)

Kedatangan ini merupakan susulan daripada lawatan pengarah FBI, Christopher A. Wray ke agensi penguatkuasaan Malaysia seperti SPRM, PDRM, dan Kementerian dalam Negeri (KDN) pada Disember 2023. Lawatan yang jarang berlaku ini dipengaruhi oleh keterdesakan Amerika Syarikat untuk mengekang dana Hamas di peringkat antarabangsa. (FOKUS)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Berada di Rantaian Rendah Industri Semikonduktor Global, Sekadar Menjadi Pembekal Cip Kepada Produk Asing

Next Post

Pembangunan Pusat Data di Johor untuk Manfaat Singapura, Beri Kelebihan kepada Syarikat dan Pasaran Kewangan Singapura

Related Posts
Skip to content