Pakatan Pimpinan Arab Saudi Umum Henti Serangan Udara ke atas Yaman.

houthidlm

Riyadh, 22 April 2015 – Pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi yang telah melancarkan serangan udara ke atas Yaman dalam tempoh hampir sebulan ini, mengumumkan bahawa operasi ‘Decisive Storm’ telah berakhir dan usaha baru digelar ‘Renewal of Hope’ sudah bermula dalam melindungi orang awam serta menghalang pemberontak Houthi. Pengumuman ini dibuat oleh jurucakap pakatan, Jeneral Ahmed al-Asiri pada Selasa lalu.

Rabu lepas, Presiden Yaman Abd-Rabbu Mansour Hadi menyampaikan penghargaan dari Riyadh melalui media televisyen kepada pakatan tersebut atas sokongan yang diberikan. Beberapa jam selepas pengumuman pakatan tersebut, pimpinan kanan Houthi menyebut bahawa rundingan politik bagi mengakhiri konflik ini semakin hampir. (Reuters)

Asiri melaungkan bahawa, “Decisive Storm”, yang dilancarkan sejak 26 Mac yang lalu sebagai sebuah misi berjaya. Kemudiannya, beliau menggelarkan operasi baru sebagai ‘gabungan tindakan politik, diplomasi dan ketenteraan’.

“Pakatan sudah selesai misi ‘Decisive Storm’ atas permintaan kerajaan Yaman dan Presiden Yaman. Matlamat utama usaha ini sudah dicapai dan kedaulatan sudah kembali terpelihara. Kami yakin mengatakan bahawa pemberontak Houthi tidak lagi menjadi ancaman kepada Yaman atau mana-mana negara jiran sekitarnya. Kerajaan Yaman kini sedang mengambil alih tindakan untuk membangunkan semula negara.”

Namun begitu, Asiri tidak menolak serangan udara akan dilancarkan semula pada masa akan datang ke atas pemberontak Houthi dan juga menyebut bahawa pakatan akan terus dikekalkan bagi mengenakan sekatan laut ke atas Yaman.

Amerika Syarikat (AS) mengalukan dan menyatakan sokongan kepada pakatan tersebut dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Majlis Keselamatan Negara (National Security Council), Alistair Baskey.

“Kami akan terus menyokong usaha untuk membangunkan semula proses pemulihan politik yang dibantu PBB dan kemudahan bantuan kemanusiaan.”

Menteri Pertahanan Arab Saudi, sebelum ini ada menyatakan bahawa kesemua senjata berat dan peluru berpandu balistik milik pemberontak Houthi berjaya dimusnahkan, di mana sekatan udara dibuat di ruang udara Yaman dan sebarang ancaman kemungkinan ke atas kerajaan dan negara jiran berjaya dihalang.

Wartawan Al Jazeera, Mohamed Vall melaporkan dari Jizan, sempadan Arab Saudi-Yaman, bahawa ada tanda-tanda perubahan polisi sudah nampak.

“Pegawai Iran cukup optimis dengan persetujuan gencatan senjata yang dicapai sebelum ini dengan pihak ketenteraan laut AS yang tiba di perairan rantau Arab dan tahap hubungan yang lebih baik antara Arab Saudi dan AS. Iran, Arab Saudi dan lain-lain telah mencapai kata sepakat ke atas konflik yang berlaku.”

Pengumuman itu juga dibuat selepas beberapa jam Riyadh menyatakan persediaan menghantar sepasukan tentera elit National Guard bagi memperkukuh pertahanan di sempadan Yaman. National Guard adalah pasukan tentera terbaik di Arab Saudi dan sehingga kini, masih lagi belum terlibat dalam operasi ketenteraan tersebut. Pasukan elit tersebut diketuai oleh Miteb, anak kepada Raja Abdullah, unit ketenteraan tersebut direkrut dari suku yang menjadi penyokong kuat keluarga diraja Arab Saudi.

Pada hari Selasa yang lepas, pertahanan AS mengesahkan kepada Al-Jazeera bahawa AS telah menghantar kapal pengangkut USS Theodore Roosevelt dan Normandy bagi memastikan laluan kapal di perairan Arab selamat dan bebas dari sebarang ancaman. Selat Bab el-Mandeb adalah lalu strategik yang memisahkan Yaman dari Afrika Timur dan menjadi kunci perdagangan dan laluan minyak yang menghubungkan Eropah ke sebelah Timur.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan pada Selasa yang lalu bahawa keganasan yang berlaku antara 19 Mac sehingga 17 April telah mengorbankan lebih 944 orang, manakala 3,487 lagi cedera, dan memberi amaran bahawa khidmat kesihatan yang serba kekurangan di negara itu bakal lumpuh sekiranya tiada jalan penyelesaian diambil.
WHO menyatakan bahawa bilangan mangsa yang mampu untuk mendapatkan khidmat kesihatan jatuh merudum sebanyak 40 peratus sejak pergolakan berlaku. Harga ubat pula meningkat sehingga lebih 300 peratus, ditambah dengan kekurangan sumber air telah menambahkan lagi risiko cirit birit dan penyakit-penyakit lain sekaligus memmberi kesan kepada penjagaan asas kesihatan di hospital-hospital dan klinik-klinik.

Oleh: Muhammad Farris bin Mohd Hanafi
Sumber: Al Jazeera

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri luar Palestin gesa hentikan cubaan Israel untuk memisahkan Al-Aqsa

Next Post

Antara Iran, Yaman dan Gerakan Syiah Houthi.

Related Posts
Skip to content