Ahad ini, Amerika Syarikat akan menghalang penjualan T-50 Golden Eagles dari Korea Aerospace Industries (KAI) ke Uzbekistan, Korea Times melaporkan.
Dibangunkan oleh KAI dan Lockheed Martin, jet tersebut direka sebagai supersonic trainer dan multirole fighter. Lockheed Martin membuat promosi dengan kenyataan bahawa jet tersebut memiliki kemampuan dan prestasi seakan pejuang yang mampu mengatasi kekurangan dalam persediaan yang dibuat oleh generasi ke-5.
Walaupun T-50 dan pesawat alternatif yang lain merupakan pesawat supersonik pertama yang dicipta di Korea, namun pesawat tersebut menggunakan sistem avionik dan enjin yang diambil dari Lockheed Martin. Faktor ini telah menambah kebimbangan pihak US terhadap jualan yang tersebut. Walaupun Lockheed Martin pernah mengiklanlankan bahawa T-50 “dijangka akan dieksport ke negara lain,” namun Uzbekistan dilihat bukanlah negara yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Satu sumber memberitahu Korea Times bahawa “KAI telah membuat rundingan dengan kerajaan Uzbekistan untuk mengeksport pesawat tersebut, namun dihalang oleh kerajaan US atas sebab bimbang berlaku kebocoran teknologi serta polisi diplomatik.
Sumber daripada ketenteraan Korea mendakwa bahawa kebimbangan US berlaku berikutan hubungan antara Uzbekistan dan Rusia. Mereka berkata, “Disebabkan Uzbekistan mempunyai hubungan rapat dengan Rusia, US bimbang sekiranya eksport T-50 ke Uzbekistan akan mengakibatkan teknologi pesawat tersebut sampai ke Rusia.”
Artikel tersebut juga menyebut tentang keahlian Uzbekistan dalam Shanghai Cooperation Organization (SCO) – turut disertai oleh China, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Rusia dan Tajikistan – sebagai salah satu punca kepada kebimbangan tersebut. Uzbekistan mungkin merupakan ahli SCO – sebuah organisasi politik, ekonomi dan ketenteraan – namun pada tahun 2012 ia telah menarik diri daripada Collective Security Treaty Organization (CSTO) yang merupakan pakatan ketenteraan Eurasia yang dipimpin oleh Rusia. Jelas sekali penyertaan Uzbek dalam SCO tidak semestinya bermaksud teknologi yang berada dalam kawalan Tashkent akan dipindahkan ke Moscow.
Pada April lalu, menteri pertahanan Korea dan Uzbek, Han Min-Koo dan Kabul Berdiev telah menandatangani memorandum persefahaman (Memorandum od Understanding, MoU). Menurut AKIpress, Berdiev telah mengemudi simulator penerbangan FA-50 ketika lawatannya ke Seoul. FA-50 adalah sebuah multirole fighter yang merupakan model alternatif bagi T-50. Memorandum persefahaman yang ditandatangani tersebut serta pendedahan Korea kepada negara-negara lain, adalah bukti kepada “usaha Seoul untuk meningkatkan kehadirannya dalam pasaran eksport ketenteraan antarabangsa.”
Korea Selatan telah mengadakan perjanjian dengan Indonesia, Filipina, Thailand dan Iraq untuk jualan T-50 dan model alternative yang lain. Pada Januari 2014, 2 buah daripada 16 buah T-50 yang ditempah telah dihantar ke Indonesia. Pada 2016 nanti, Iraq dijangka akan menerima penghantaran yang pertama daripada 24 buah T-50 yang telah dibeli. Pada 2017, Filipina dijangka akan menerima FA-50 yang pertama daripada 12 buah dan tahun seterusnya Thailand akan menerima penghantaran empat buah pesawat pelatih. Republik Tentera Udara Korea (ROKAF) pula telah menempah 60 buah FA-50. Menurut SIPRI, Korea Selatan tersenarai di kedudukan ke-13 di seluruh dunia dalam eksport senjata api dari tahun 2009 hingga 2013.
Sumber dari Korea Times menyatakan bahawa Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea (DAPA) masih belum menghentikan jualan kepada Uzbek yang bernilai sebanyak $400 million, turut berkata, “Walaupun US menentang jualan tersebut, DAPA tetap akan meningkatkan usaha untuk memohon Washington meluluskan perjanjian tersebut.”
Terjemahan: Wan Nur Khairunnisa
Sumber: TheDiplomat