Israel Membantah Bendera Palestin di Ibu Pejabat PBB

A Palestinian waves his country’s national flag

 

Israel menggesa Setiausaha dan Presiden Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menolak percubaan Palestin bagi menaikkan bendera negara tersebut di ibu pejabat mereka.

Duta Israel di PBB Ron Prosor menuduh Palestin, dengan menghantar surat kepada Pegawai PBB pada selasa lepas dengan tuduhan bahawa Palestin sedang cuba mengubah pendirian PBB demi mendapat kuasa politik.

Palestin telah menyerahkan kertas kerja kepada PBB meminta agar bendera Palestin dinaikkan di ibu pejabat pertubuhan dunia tersebut pada khamis yang lepas.

Draf tersebut yang telah ditaja oleh seramai 21 buah negara termasuk Algeria, Mesir dan Jordan, telah dipersembahkan sempena pertemuan ketua-ketua negara di ibu pejabat PBB pada bulan hadapan dan diharapkan undi dapat dijalankan sebelum 15 September.

Rakyat Palestin sedang berusaha untuk membina negara bebas di kawasan Tebing Barat termasuk Timur Al-Quds (Baitul Maqdis) dan Gaza serta menuntut Israel untuk berundur dari kawasan diduduki rakyat Palestin. Israel bagaimanapun enggan kembali ke sempadan 1967 dan tidak berniat membincangkan isu al-Quds.

Sweden secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin pada 30 Oktober 2014, mengakibatkan kritikan keras dari Israel dan US.

Parlimen dari pelbagai negara Eropah termasuk Perancis dan Greece telah menyokong pembentukan negara Palestin.

 

Terjemahan oleh: Amirul Asyraf

Sumber:PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Israel Tewas di Tangan Wanita dan Kanak-Kanak Palestin

Next Post

Israel Merobohkan 15 Buah Rumah Palestin di Ramallah, Tebing Barat

Related Posts
Skip to content