FF3 : Marianne of Gothenburg dalam ‘tawanan’ Israel

ff3

 

Aktivis keamanan ke Gaza memberitahu, ‘lanun Israel’ telah menahan bot mereka dan menaikinya tanpa sebarang bentuk ‘keganasan’ lewat malam Ahad lalu. Pasukan Pertahanan Israel (Israeli Defense Force) memberitahu operasi berkenaan dijalankan dalam masa yang singkat dan tidak menggunakan sebarang bentuk ‘kekerasan’.

Namun, pihak penganjur flotila khuatir jika sebenarnya terdapat peserta yang tercedera di atas kapal kerana mereka tidak dapat menghubungi kapal berkenaan beberapa jam sebelum penahanan kapal oleh tentera Israel.

Sebuah media Israel melaporkan suatu kenyataan tentera Israel yang berbunyi, “Pasukan tentera Israel ‘melawat’ dan ‘mencari’ kapal tersebut di kawasan perairan antarabangsa bagi menghalang ‘pencerobohan terancang’ ke atas sekatan Israel di Semenanjung Gaza.” Sebelum kejadian tersebut, IDF telah diarahkan supaya ‘mengepung’ laluan-laluan ke Gaza dan menyebabkan Marianne terpaksa ‘mengubah haluan’ mereka sehingga kapal tersebut ‘bertemu’ kapal milik tentera laut Israel.

Pihak penganjur telah terputus hubungan dengan Marianne of Gothenburg selepas jam 4 pagi waktu tempatan. Kapal tersebut berada kira-kira 100 batu nautika dari perairan Gaza ketika itu. Seramai 18 orang aktivis dan wartawan menaiki Marianne termasuklah bekas presiden Tunisia, Moncef Marzouki dan ahli Knesset Israel, Basel Ghattas.

Marianne, sebuah kapal pemukat dari Sweden, kini berada dalam kawalan tentera laut Israel, dijangka menuju ke pelabuhan Ashdod. Para aktivis akan disoal-siasat setibanya mereka di pelabuhan pelabuhan berkenaan dan akan dikemungkinan besar akan dihantar pulang ke negara masing-masing melalui lapangan terbang Ben Gurion.

Haaretz melaporkan bahawa menurut rancangan awal pihak tentera Israel, selepas menemui Marianne, mereka diarahkan untuk menyerahkan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, yang mengalu-alukan kedatangan mereka ke Israel dan turut merasa hairan kapal-kapal tersebut menuju ke Gaza dan tidak ke Syria – kerana regim Assad melakukan pembunuhan penuh kekejaman di sana setiap hari dengan sokongan regim pembunuh Iran.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memuji ‘kecekapan’ tentera laut mereka yang membolehkan sekatan kepada Gaza diteruskan. “Armada ini tidak lain hanyalah sebuah kepura-puraan dan penipuan untuk menghantar bantuan kepada organisasi pengganas Hamas. Kami tidak bersedia menerima sebarang kemasukan peralatan ketenteraan untuk disalurkan kepada pasukan pengganas di Gaza.”

Tambah beliau lagi, “Israel merupakan satu-satunya negara yang mengekalkan ‘demokrasi’ bertepatan dengan undang-undang antarabangsa. Usaha Israel menghalang kemasukan melalui jalan laut turut mendapat sokongan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).”

Sumber : MEM

Susunan oleh : Nureen Adnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

India dilamar AS dan China

Next Post

Semburan Air tanda bantahan Turki terhadap LGBT

Related Posts
Skip to content