Palestin: Menteri Kabinet Israel Menolak “Two-state Solution”

Konferens Herzliya 2015
Konferens Herzliya 2015

Hujung minggu lalu, sayap kanan politik dan penasihat utama kabinet pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membentangkan dasar untuk menolak secara rasmi “Two-state Solution” dengan Palestin dan bertegas untuk menjadikan polisi pengambil alihan Palestin oleh Israel sebagai satu kenyataan.

Cadangan tersebut dibentangkan sepanjang Konferens Herzliya kali ke 15 , sebuah forum keselamatan Israel di mana perubahan-perubahan besar kerajaan dikuatkuasakan, dan di forum yang sama pemisahan Israel daripada Gaza pada tahun 2005 telah diumumkan.

Antara petikan ucapan para menteri yang hadir pada perjumpaan tersebut:

1. Timbalan Menteri Luar Negara, Tzipi Hotovely

Beliau menegaskan pendiriannya menolak “Two-state Solution” bagi menangani konflik Israel-Palestin. Malah beliau turut membacakan senarai prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh Palestin, Israel dan sebahagian besar negara Timur Tengah sekiranya semua pihak berkenaan mahukan Israel lebih bersikap terbuka untuk masa depan Palestin.

Antaranya adalah, penduduk Israel mestilah menjadi sebuah masyarakat yang adil dan setia kepada prinsip-prinsip negara Yahudi, penduduk Palestin mestilah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan menunjukkan keinginan untuk tinggal bersama, dan negara-negara Arab yang menyediakan kem untuk pelarian Palestin mestilah menghentikan kegiatan tersebut

Pada penghujung ucapan, beliau menegaskan sekiranya ada rakyat Palestin mahupun negara-negara Arab yang tidak memenuhi pra-syarat yang disebutkan, tiada lagi isu “Two-state Solution” harus dibangkitkan dan rakyat Palestin akan dipersalahkan untuk perkara yang akan terjadi.

2. Menteri Pendidikan, Nafatli Bennet

Beliau memuji usaha Israel dalam mengambil alih sepenuhnya kawasan yang mereka tinggal di Palestin sekarang. Malah, beliau sependapat dengan Hovotely yang turut menafikan Palestin sebagai sebuah negara dalam konteks perjanjian tersebut, sambil menegaskan bahawa dunia antarabangsa sedang mempromosikan pelbagai rancangan-rancangan tidak masuk akal yang hanya akan membawa lebih banyak keburukan dan serangan yang lebih banyak ke atas Israel.

3. Pengerusi Parti politik Yesh Atid, Yair Lapid

Beliau menegaskan bahawa Israel tidak berminat untuk melakukan sebarang rundingan, bahkan komitmen ke atas perjanjian “Two-state Solution” sekarang ini dilakukan separuh hati dan mereka tidak sanggup untuk mengorbankan kepentingan politik mereka demi perjanjian tersebut.

Selain itu, beliau turut menganggap “Two-state Solution” sebagai suatu permainan demografi yang memerlukan persetujuan dicapai bagi menghalang terjadinya konflik sekiranya diteruskan dengan “one-state”; minoriti penduduk Yahudi perlu tinggal bersama-sama majoriti penduduk Palestin. Malah beliau menegaskan sekali lagi bahawa negara Israel tidak boleh menerima 3.5 juta rakyat Palestin ke dalam ‘negara’ tersebut.

Sumber: GlobalResearch.org

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jenayah Kanak-Kanak: PBB Enggan Memasukkan Israel ke Dalam ‘Senarai Hitam’

Next Post

Erdoğan gesa parti pembangkang tinggalkan ego dalam proses tubuh kerajaan baru

Related Posts
Skip to content