Jenayah Kanak-Kanak: PBB Enggan Memasukkan Israel ke Dalam ‘Senarai Hitam’

PBB dan Israel
PBB dan Israel

 

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan senarai pesalah-pesalah yang mencabuli hak asasi kanak-kanak (list of shame) tetapi tidak memasukkan Israel ke dalam senarai walaupun selepas menerima kemarahan ramai orang atas kematian lebih daripada 500 orang kanak-kanak semasa peperangan Gaza tahun lepas.

Kumpulan yang menjaga hak-hak asasi kanak-kanak telah menggesa Setiausaha Ban Ki-Moon untuk meletakkan Israel di dalam senarai tersebut dan terdapat banyak perbahasan antara agensi-agensi PBB sebelum keputusan muktamad dikeluarkan.

Ban telah menetapkan bahawa senarai tersebut tidak akan berubah, tetapi pada masa yang sama beliau “sangat terkesan” dengan kekejaman yang dilalui oleh kanak-kanak di Gaza hasil daripada operasi militari Israel pada tahun 2014.

“Peperangan pada tahun 2014 lalu telah menunjukkan impak pada skala yang sangat mengejutkan terhadap kanak-kanak. Hal ini telah menambah kebimbangan berkenaan pematuhan Israel kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya yang berkaitan dengan perbezaan, perkadaran dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika serangan serta rasa hormat terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa terutamanya dalam soal penggunaan kuasa yang keterlaluan,” kata beliau.

Beliau turut mencatatkan peningkatan yang dramatik dalam jumlah kanak-kanak yang terkorban di Israel dan di Palestine pada tahun 2014.

 

Sekurang-kurangnya 561 orang kanak-kanak (Palestin: 557, Israel: 4) terbunuh manakala lagi 4271 orang kanak-kanak (Palestin: 4249, Israel: 22) tercedera di Israel dan dalam kawasan Palestin pada tahun lepas. Jurucakap PBB Stéphane Dujarric menegaskan bahawa “laporan itu melebihi senarai” dan menyatakan kebimbangan berkenaan nasib kanak-kanak yang terlibat dengan konflik Israel-Palestin.

Kedutaan Israel, Ron Prosor menerima keputusan tersebut, menyatakan bahawa Ban membuat keputusan yang benar kerana tidak meletakkan nama Israel di dalam senarai yang memalukan ini, yang turut menyenaraikan nama organisasi ISIL, Al-Qaeda dan Taliban.

Senarai pengganas terhadap hak asasi kanak-kanak telah dikeluarkan 2 bulan selepas satu siasatan PBB telah mengenal pasti bahawa tentera Israel bertanggungjawab atas tujuh serangan yang dilakukan ke atas sekolah yang disediakan oleh PBB di Gaza yang juga dijadikan sebagai tempat perlindungan sewaktu perang pada 2014 yang lalu.

Lembaga penyiasatan turut mengesahkan bahawa kakitangan PBB yang bekerja bersama pelarian Palestin telah menghantar komunikasi kepada tentera Israel sebanyak dua kali sehari. Komunikasi ini juga menyebabkan tentera Israel dapat mengesan lokasi sekolah yang menjadi tempat berteduh bagi penduduk Palestin.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kini sedang membincangkan langkah-langkah untuk mengurus hasil siasatan PBB.

Konflik selama 50 hari di Gaza yang berlaku pada tahun lepas telah mengorbankan 539 orang kanak-kanak dan seramai 2956 kanak-kanak tercedera. Menurut UNICEF kebanyakan penduduk Palestin kini terpaksa berhadapan dengan trauma dan kecacatan seumur hidup.

Laporan tersebut merangkumi 23 situasi, dan terdapat 5 konflik yang dahsyat yang memberi kesan kepada kanak-kanak. Dikatakan bahawa 710 orang kanak-kanak telah terbunuh di Afghanistan, 679 di Iraq, 557 di Palestin, 368 di Syria dan 197 di Darfur di Sudan.

Kumpulan bersenjata yang tersenarai terlibat dalam konflik di Afghanistan, Republik Africa Tengah, Republik Demokratik Congo, Selatan Sudan, Iraq, Mali, Myanmar, Somalia, Selatan Sudan, Sudan, Syria, Yaman, Colombia, Nigeria dan Filipina.

Selain itu, negara yang mempunyai kumpulan bersenjata tempatan yang turut termasuk di dalam senarai tersebut adalah Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Somalia, Selatan Sudan, Sudan, Syria, Myanmar dan Yaman.

Sumber : Al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel : Strategi Menahan dan Menyeksa Tahanan Kanak-kanak dalam Merampas Tanah Palestin

Next Post

Palestin: Menteri Kabinet Israel Menolak “Two-state Solution”

Related Posts
Skip to content