PenChinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa?

Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali menyempurnakan gimik pelancaran buku sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah IRIS Institute, Dr Azmil Hashim.

 

Panelis forum iaitu dari kanan; En Abdul Muein Abadi, Pensyarah Sains Politik UKM, Dr Ahmad Murad Abd Halim, Pakar Perdagangan Asing China dan En Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim,CEO IRIS INSTITUTE.

BANGI, 7 MAC 2018- Majlis pelancaran buku “PenChinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa” yang dianjurkan IRIS INSTITUTE telah dilaksanakan dengan jayanya di sebuah hotel di sini, hari ini, dihadiri lebih 80 orang yang terdiri daripada wakil-wakil parti politik, NGO, jabatan kerajaan, ahli akademik, wakil-wakil media dan blogger.

Majlis ini menampilkan beberapa orang panelis iaitu Dr Ahmad Murad Abd Halim, Pakar Perdagangan Asing China yang mempunyai pengalaman belajar dan bekerja di China selama 15 tahun, juga En Abdul Muein Abadi, Pensyarah Sains Politik UKM mengkaji tentang strategi China di Laut China Selatan dan juga En Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim selaku CEO IRIS INSTITUTE pakar dalam bidang strategi dan keselamatan antarabangsa.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali, dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan, ‘PenChinaan’ yang sedang berlaku ini pastinya akan mengancam dan merubah wajah negara ini.

“Kalau lebih 670 bilion ringgit sudah dilaburkan dalam negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, apa maknanya?

“Bolehkah kita mengekalkan lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan polisi lain? Adakah mereka yang melabur sebanyak itu membenarkan kepentingannya digugat dengan polisi yang memperkasa Melayu?”

Beliau juga berkata, kemasukan China melalui pelaburan ke negara ini akan membawa kesan buruk seperti judi dan pelacuran selain falsafah yang telah ditanam dalam pemikiran mereka sejak sekian lama.

Sebuah video dokumentari berdurasi 10 minit terbitan IRIS Institute dan Ismaweb turut ditayangkan dalam majlis pelancaran ini. Video ini merungkai projek-projek mega serta pelaburan China yang kian tumbuh bak cendawan pada masa kini di seluruh negara Malaysia, dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata dalam ucapan beliau, buku “PenChinaan Malaysia” yang dilancarkan hari ini adalah salah satu hasil awal kepada penyelidikan yang IRIS Institute lakukan.

“Buku ini dihasilkan dengan menyedari bahawa kebanyakan perkara yang berlaku berkait dengan China khususnya di Malaysia, rata-ratanya tidak bersifat transparent. Namun melalui fakta dan maklumat yang kami dapati, kami menganggap terdapat naratif yang lebih tepat dan lebih komprehensif dalam menilai kedatangan China ke tanah air kita.”

“Saya kira ini sangat penting demi memastikan nilai-nilai kita serta kedaulatan kita di rantau ini tidak tergadai. Jika kedatangan China digarap sebagai sebuah peluang ekonomi semata-mata tanpa benar-benar memahami dan mengambil berat soal seperti kedaulatan dan keselamatan, ini adalah satu pendirian yang merbahaya kepada kepentingan umum.”

“Kita sedia maklum apa yang disebut sebagai ‘trinity of risk’ ke atas sebuah negara berdaulat iaitu risiko kemunduran ekonomi, risiko kehilangan kedaulatan, dan risiko hilangnya keselamatan. Adakah demi mengelakkan risiko kemunduran ekonomi semata-mata, dua risiko yang lain itu dipandang sebelah mata? Naratif yang kami bawakan dalam buku ini sebenarnya senada dengan beberapa hasil penulisan lain seperti buku ‘Silent Invasion’ tulisan Clive Hamilton dari Australia dan ‘Winner Takes All’ oleh Dambisa Mayo dari Afrika.”

Pelancaran buku ini bukanlah bertujuan meraih undi politik, kerana kami (IRIS Institute) merupakan sebuah badan kajian tidak berkepentingan. Hasrat kami hanyalah untuk:

1. Memupuk budaya sihat dalam kalangan rakyat negara Malaysia supaya kita boleh berhujah secara sihat dan berdasarkan fakta.

2. Ingin mengurangkan mudarat apa yang bakal terjadi kepada Malaysia, dan ingin mengelakkan agar Malaysia terjatuh ke dalam perangkap hutang dan menjadi negera boneka.

3. Adalah lebih sihat jika wacana seperti ini dapat dikembangkan dan dipapar kepada rakyat. Kami tidak mahu isu ini hanya sekadar menjadi modal undi pilihan raya sahaja, tetapi berpanjangan dan berkesinambungan kajian yang dijalankan.

Kajian kami ini hanyalah berlaku pada peringkat awal sahaja. Kami menuntut supaya usaha kenal pasti siapakah ejen-ejen kerajaan China di Malaysia dilakukan. Siapakah mereka yang telah menjual kedaulatan negara untuk kepentingan diri sendiri? Ahli politik, ahli akademik? Ahli perniagaan? Media? Siapakah mereka?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China bakal menguasai industri perfileman negara?

Next Post

Dahsyat Sekali Tragedi Ghouta Timur

Related Posts
Skip to content