China bakal menguasai industri perfileman negara?

 

KUALA LUMPUR: Pada 25 Februari yang lalu telah diadakan perasmian pembukaan cineplex pertama di luar China milik Bona Film Group yang berpangkalan di Beijing di Resorts World Genting, Malaysia.

Bona Film Group adalah pengedar filem terbesar di China dan kini mengendalikan lebih daripada 200 skrin di 50 lokasi di seluruh bandar utama di China.

“Pembukaan cineplex ini, yang pertama di luar China, sangat penting kerana ini adalah kali pertama pengedar filem Cina tempatan melabur di luar negara,” kata Pengerusi Bona Cinema Wang Yi.

Cineplex baru ini mempunyai empat dewan pawagam utama dengan tambahan 48 tempat duduk VIP dan 250 tempat duduk teater IMAX sedia untuk dibuka pada bulan Ogos tahun ini.

Pengerusi Bona Film Group Yu Dong, yang menghadiri perasmian tersebut berkata beliau berharap dapat melihat lebih banyak cawangan Bona Cinema di Malaysia, termasuk satu di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. “Kami adalah pembuat filem,” katanya. “Saya telah selesai membuat 20 filem dan saya berharap dapat menayangkan filem tersebut tahun ini dan membawa lebih ramai pelakon utama China untuk bertemu dengan penonton di Malaysia dan Singapura.”

Filem aksi Operation Red Sea, yang mula ditayangkan di China pada 16 Feb, telah disiarkan dalam perasmian pembukaan cineplex tersebut. Setakat ini, filem itu telah menghasilkan lebih daripada AS$330 juta di China. Hampir AS$80 juta dibelanjakan untuk menghasilkan filem tersebut yang dirakamkan di Maghribi dan diarahkan oleh Dante Lam dari Hong Kong.

“Saya yakin filem itu akan mencecah keuntungan setengah bilion dolar dan akan diterima baik di Malaysia dan Singapura,” kata Yu.

“China adalah pasaran filem kedua terbesar di dunia. Pada tahun 2017 sahaja, kutipan box office China mencecah US$9.1 bilion.”

Yu percaya China suatu hari nanti akan dapat mengalahkan rekod kutipan tahunan box office Amerika Syarikat yang berjumlah AS$11 bilion. “Saya percaya kita dapat merealisasikan impian itu dalam tiga tahun,” katanya.

Bona Film Group telah menghasilkan dan mengedarkan lebih daripada 200 filem domestik dan antarabangsa dengan kutipan kumulatif box office lebih daripada AS$30 bilion.

Diasaskan oleh Yu pada tahun 1999, Bona Film Group adalah syarikat filem dan televisyen pertama yang menerima lesen pengedaran filem dari kerajaan China.

Sumber: Channel News Asia

Kami menjemput Tuan, Puan yang berminat untuk sama-sama hadirkan diri ke pelancaran buku PenChinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa? Majlis pelancaran ini akan menampilkan beberapa orang panelis iaitu Dr Ahmad Murad Abd Halim Pakar Perdagangan Asing China dan mempunyai pengalaman belajar dan bekerja di China selama 15 tahun, juga En Abdul Muein Abadi Pensyarah Sains Politik UKM mengkaji tentang strategi China di Laut China Selatan dan juga En Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim selaku CEO IRIS INSTITUTE pakar dalam bidang strategi dan keselamatan antarabangsa.

Masa: 8.30-12.30 tengah hari
Tarikh: 7 Mac 2018
Tempat: Hotel Tenera Bangi

Masuk adalah percuma.

Link Pendaftaran: https://www.eventbrite.co.uk/e/majlis-pelancaran-buku-penchinaan-malaysia-umum-tickets-43737901240

Preorder Buku: http://bit.ly/PreOrderPengChinaanMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Al Jazeera lapor 3 negara bantu cubaan rampas kuasa Qatar

Next Post

PenChinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa?

Related Posts
Skip to content