Saat artikel ini ditulis, pilihanraya Presiden Amerika Syarikat telah bermula, Trump dilihat sedang mendahului Hillary, dari sudut kiraan undi. Masyarakat dunia semestinya tertunggu-tunggu, akan keputusan penting ini. Adakah dunia akan jadi lebih baik, dengan terlantiknya salah seorang calon presiden pada kali ini? Tidak kurang juga yang sudah jemu dengan janji manis yang ditaburkan kuasa besar ini, dengan mengakibatkan kemusnahan demi kemusnahan untuk kepentingan mereka.
Beberapa penelitian dibuat di laman CFR (Council on Foreign Relations) tentang dasar luar kedua-dua calon Presiden Amerika Syarikat ini. Memandangkan badan ini (CFR) mempunyai sejarah dan pengaruh yang kuat dalam mencorakkan polisi luar Amerika Syarikat sehingga kini, kita akan telusuri dengan lebih mendalam berkaitan polisi luar kedua-dua calon Presiden Amerika ini.
Perbandingan Polisi Luar Hillary dan Trump
China
Pertahanan
Tenaga, dan “Climate Change”
Iran
DAESH
Korea Utara
Russia
Perdagangan
Meneliti, kedua-dua polisi luar Clinton dan juga Trump, kita akan dapat perhatikan kedua-dua polisi itu tidak terlalu jauh berbeza. Siapapun yang memegang tampuk pemerintahan Amerika, polisi dan tindakan mereka tetap dalam kerangka yang sama.
Cuma, beberapa bacaan senario yang boleh kita lakukan, dengan melihat beberapa sudut yang agak penting khususnya, tentang perkembangan hubungan Amerika Syarikat China melibatkan kawasan pengarah Laut China Selatan dan juga hubungan perdangangan sedia ada sebelum ini merujuk kepada perjanjian TPP Amerika Syarikat. Kedua-dua calon jelas menentang perjanjian TPP. Apakah bentuk perjanjian perdagangan baru yang akan diusahakan oleh Amerika Syarikat? Adakah Amerika Syarikat semakin hilang pengaruh mereka di rantau Asia, dan membenarkan China untuk terus mendominasi, berikutan beberapa perubahan dasar politik, dua negara Asia yang sebelum ini kuat bergantung kepada Amerika, iaitu Filipina dan juga Malaysia.
Jika diteliti, cadangan dasar di Timur Tengah pula, kita akan lihat melalui teks di atas, segala yang dirangka, adalah untuk terus mengabsahkan “superiority” Israel di Timur Tengah, dan segala perancangan yang dirancang akan menghala ke arah itu. Baik hubungan dengan Iran, Saudi, mahupun krisis di Syria. IS ataupun Daesh, akan menjadi antara aktor-aktor penting untuk melanjutkan lagi krisis di Timur Tengah ini.
Bacaan Senario dan analisis
Hubungan Amerika-China
TPPA akan digantikan dengan kerjasama yang mengalu-alukan penglibatan China?
Keseluruhan polisi ini akan tertumpu apakah tindakan yang akan dirangka oleh Amerika Syarikat selepas ini. Beberapa cadangan polisi telah dikeluarkan seperti contoh oleh Rand Corporation, “War with China: Thinking Through the Unthinkable”. Amerika Syarikat sedar bahawa, kuasa mereka di semakin berkurang di peringkat dunia, dan tidak menafikan China sedang dalam perjalanan mereka menjadi kuasa dunia. Dalam hal ini, bagaimana Amerika Syarikat akan bertindak, dalam keadaan semakin lemah.
Dalam 11 bahagian polisi yang utama oleh Hillary Clinton ataupun Donald Trump, masing-masing membangkitkan isu China sebagai satu isu utama. Melihat kembali kedudukan China sebagai suatu kuasa besar yang sedang membangun, dengan banyak koaliasi kerjasama dipelopori oleh China seperti The Shanghai Six yang melahirkan BRICS, ASEAN Plus 3, India-China Project dan The New Silk Road (aka OBOR) telah mengabsahkan China sebagai kuasa besar yang tidak boleh diendahkan. Namun begitu, polisi-polisi yang diwajahkan oleh kedua-dua calon presiden AS ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi manfaat yang besar kepada China berbanding mengancamnya.
Sebagai contoh polisi Clinton lebih cenderung untuk bekerjasama dengan China dalam hal kepentingan bersama berbanding polisi yang bersifat subversif kepad China hanyalah soal isu hak asasi manusia yang teruk di China. Bahkan menurut Tim Kaine, Clinton akan mengambil kira China dalam Asian Trade Deal yang baru selepas Clinton berubah pendirian dalam TPPA. Manakala polisi Trump pula kepada China yang dilihat bersifat negatif seperti menuduh China sebagai memanipulasi mata wang, mengenakan cukai kepada barangan China, tidak menjalankan perdagangan yang adil dan menentang China di Laut Cina Selatan menghasilkan situasi yang sebaliknya iaitu rakyat China lebih memilih Trump berbanding Clinton menurut satu kaji selidik yang dilakukan oleh Blackbox Research dengan kerjasama South China Morning Post. Terdapat juga polisi Trump yang sebenarnya bermanfaat buat China khsususnya dalam isu berkaitan hak asasi manusia dan polisi cukai ke atas barangan China ke dalam AS di mana menurut Stone Fish ia membantu China berubah daripada fokus kepada eksport semata kepada ekonomi yang fokus kepada keperluan domestik. Elit China berubah-ubah dalam sokongan mereka kepada Trump dan Clinton kerana melihat manfaat yang di bawa oleh kedua-dua mereka.
Laut China Selatan
Menurut satu laporan kontigensi berkaitan konflik laut China Selatan yang dikeluarkan oleh Council on Foreign Relations, ditulis oleh Bonnie S. Glaser felo senior di CSIS, plan kontigensi yang akan Amerika ambil, adalah dengan sedaya upaya untuk mengelakkan konflik dengan China, terutama konflik yang boleh mencetuskan peperangan. Amerika sedar, mereka semakin kehilangan pengaruh di rantau Asia Pasifik, dan perlu bekerjasama dengan Beijing.
Faktor utama yang menjadi kebimbangan buat Amerika adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi di laut China Selatan. Setiap tahun, $5.3 trillion jumlah dagangan dicatatkan melalui Laut China Selatan, dan perdagangan Amerika sahaja bernilai $1.2 trillion. Bagi melindungi kepentingan pelaburan Amerika, maka, krisis harus dielakkan, kerana akan merugikan Amerika sendiri.
Amerika Syarikat juga didalam laporan ini dilihat supaya lebih berhati-hati dalam mengunakan kekuatan ketenteraan dan menumpukan usaha dialog, dengan merujuk kepada UNCLOS (United Nations Convention on the Law of the Sea) terhadap sebarang pertikaian tuntutan yang berlaku terutama di kawasan EEZ (Economic Exclusive Zone, Zone Ekslusif Ekonomi).
Dengan perubahan dasar beberapa negara seperti Filipina, yang merupakan sekutu kuat Amerika, Washington dilihat semakin hilang taring dan keupayaan dalam mengendalikan tugas mereka sebagai “polis” di rantau ini. Maka, beberapa perubahan strategi terhadap pendekatan Amerika terhadap isu Laut China Selatan diperhalusi, supaya negara-negara yang bernaung di bawah Amerika, tidak bertukar arah dan hilang kepercayaan. Semestinya China akan terus mengukuhkan lagi cengkaman hegemoni mereka di Laut China Selatan, untuk melindungi kepentingan pelaburan mereka di rantau ini.
Timur Tengah
Dalam hal melawan Islamic State (IS) yang dipropagandakan oleh barat, kedua-dua Donald Trump dan Hillary Clinton mempunyai polisi yang sama dan tidak berubah. Hal ini dapat dilihat apabila kedua-dua nya mengkehendakkan agar koalisi barat dan dunia Arab melawan IS, menjadikan supaya wujud kawasan yang tidak boleh dilalui oleh kapal terbang di Syria, meningkatkan serangan udara ke atas negara tersebut dan menambahkan tentera Amerika di Syria.
Dalam menambahkan tentera AS di Syria, Clinton turut menambah supaya barisan ketenteraan tersebut turut sama disumbangkan oleh Arab sunnni dan Kurdish secara bersama. Kalaulah polisi ketenteraan Clinton dilihat lebih mendesak, polisi Trump pula adalah lebih mengugut. Hal ini dapat dilihat dalam ucapan Trump bahawa beliau akan menghentikan pembelian kepada mana-mana negara arab yang tidak menyumbangkan tentera melawan IS. Walaupun bagaimana pun kaedahnya Clinton atau Trump, kedua-duanya menatijahkan kerosakan yang sama dan membawa misi yang sama iaitu untuk terus memelihara kedaulatan negara Israel, dan kepentingan Israel di rantau ini.
Timbul juga pertanyaan kenapa bahasa dan mesej kedua-dua calon presiden ini seiya sekata dalam hal melawan ISIS? Dalam masa yang sama perlu kita lihat dengan pandangan yang jauh akan nasib di negara ini apabila khabar seterusnya mengatakan the new ground ataupun kawasan IS yang seterusnya adalah di Asia Tenggara.
Meneliti, hubungan Amerika dan juga Iran, nampaknya kedua-dua calon akan meneruskan usaha perjanjian nuklear sedia ada dan akan terus memperbaiki hubungan antara Amerika dan juga Iran.
Rusia dan Nato
Perbezaan paling besar di antara Trump dan Clinton adalah berkenaan polisi luar negara AS bersama NATO. Donald Trump mendakwa Amerika telah membayar terlalu banyak untuk memastikan ikatan itu kekal manakala Clinton menggambarkan hubungan dengan NATO sebagai ikatan yang penting yang akan menyebelahi kepentingan Amerika di Eropah.
Trump bersikap skeptikal tentang peranan NATO pada hari ini dan dia merasakan bahawa Amerika telah mengeluarkan belanjawan yang lebih banyak daripada manfaat yang diperolehi daripada persekutuan tersebut. Menekankan keganasan sebagai isu kritikal hari ini, Trump mendakwa NATO tidak berperanan dalam menghalang aktiviti-aktiviti yang berpotensi membawa kepada isu-isu keganasan. Walaubagaimanapun, Trump mengatakan bahawa sekiranya dia menjadi presiden, dia akan terus menghormati perjanjian yang telah wujud sekian lama termasuklah mempertahankan negara-negara Baltik daripada pengaruh Rusia. Berbeza dengan sikap Obama terhadap Presiden Vladimir Putin, Trump merasakan bahawa menjalinkan hubungan bersama presiden Rusia penting demi manfaat Amerika dan ini disambut baik oleh Presiden Putin.
Posisi Clinton terhadap Rusia agak berbeza dengan Trump. Melabel Presiden Putin sebagai “pembuli”, Clinton akan berusaha untuk meneruskan sekatan terhadap Rusia kerana campur tangan Rusia terhadap Ukraine. Selain itu, Clinton juga berpendapat bahawa Eropah secara keseluruhan harus mengurangkan kebergantungan terhadap sumber energi Rusia dalam masa yang sama meluaskan pertahanan peluru berpandu Amerika di Eropah Timur.
Dalam isu hubungan Amerika bersama NATO, Clinton optimis terhadap peranan Amerika dan NATO sendiri dalam isu keselamatan antarabangsa terutamanya dalam mengehadkan kuasa Rusia daripada terus berkembang. Hubungan bersama NATO secara tidak langsung mengukuhkan hubungan Amerika dengan negara-negara Eropah dan membentuk blok menentang Rusia. Namun, ianya tidak semudah yang disangka. Ini kerana andaian ini tidak mengambil kira hubungan bilateral yang dijalinkan negara eropah yang tertentu bersama Rusia.
Kesimpulan
George Modelski di dalam bukunya Long Cycles of World Politics, menerangkan tentang teori kekuasaan selama 100 tahun. Amerika Syarikat, dilihat telah menghampiri tanda-tanda “deconcentration of dominance” – rujuk rajah di atas. Menyedari bahawa Amerika semakin kehilangan kuasa dan tidak lagi menjadi kuasa unipolar, maka beberapa perubahan dasar telah dilakukan. Termasuklah menjalin hubungan yang rapat bersama China, kuasa dunia yang dijangka naik. Obama dalam ucapannya pada 2007 mengatakan,
China is “neither our enemy nor our friend. They’re competitors. But we have to make sure that we have enough military-to-military contact and forge enough of a relationship with them that we can stabilize the region.”
Memetik tulisan Hillary Clinton dalam Foreign Affairs, Hillary sendiri menulis tentang dasar yang seharusnya Amerika ambil terhadap China pada Oktober 2011. Antara petikan yang boleh kita ambil daripada tulisan beliau yang akan menjelaskan pendirian yang bakal beliau ambil sekiranya dilantik sebagai Presiden Amerika
“We are asking these emerging partners to join us in shaping and participating in a rules-based regional and global order. One of the most prominent of these emerging partners is, of course, China..”
“The fact is that a thriving America is good for China and a thriving China is good for America. We both have much more to gain from cooperation than from conflict”
“Both sides would benefit from sustained and substantive military to military engagement that increases transparency. So we look to Beijing to overcome its reluctance at times and join us in forging a durable military-to-military dialogue..”
“As we proceed, we will continue to embed our relationship with China in a broader regional framework of security alliances, economic networks, and social connections.”
Dasar Hillary terhadap China ini adalah penerusan perancangan dasar jangka panjang seperti yang diusahakan oleh Nixon (bekas Presiden Amerika Syarikat) dan juga Kissinger. Atas lobi yang dibuat oleh Nelson Rockefeller sejak 1959 lagi. Dalam buku The Hundred-Year Marathon: China’s Secret Strategy to Replace America as the Global Superpower tulisan Dr. Pillsbury, individu yang bertanggungjawab, merangka polisi kerjasama ketenteraan dan perisikan Amerika Syarikat dan China, individu yang terlibat dalam melaksanakan Doktrin Reagan, beliau mendedahkan
“Ever since President Richard Nixon’s opening to China in 1971, U.S. policy toward the People’s Republic has largely been governed by those seeking “constructive engagement” with China to aid its rise. This policy has remained in effect, with only marginal changes, for decades, across eight U.S. presidential administrations. Democratic and Republican presidents have had different foreign policy visions, but all agreed on the importance of engaging with China and facilitating its rise”
“The constructive engagement crowd, populated by prominent academics, diplomats, and former presidents, has held significant sway over policymakers and journalists covering China. I should know—I was a member of this group for many decades. In fact, I was among the first people to provide intelligence to the White House favoring an overture to China, in 1969. For decades, I played a sometimes prominent role in urging administrations of both parties to provide China with technological and military assistance.”
Adakah Trump juga begitu? Ya, kita kena menyedari hakikatnya, dasar luar Amerika Syarikat akhirnya dibentuk oleh CFR sendiri. Gary Allen menulis pada 1976,
“the Council plays a special part in helping to bridge the gap between the two parties (republican & democrat), affording unofficially a measure of continuity when the guard changes in Washington”
Adakah ini menjadi penjelasan mengapa kebanyakan posisi kedua-dua calon presiden tersebut terhadap dasar-dasar luar tidak jauh beza? Tambahnya lagi,
“Every Secretary of State from 1934 to 1976 (except James Byrnes) has been a member of the Council, as has every secretary of Defense and every Deputy Secretary of Defense. In the 44 years form 1928 to 1972, nine out of ten Republican presidential nominees were CFR members, and from 1952 to 1972 a CFR member won every presidential election (except Lyndon Johnson).
Tidak kira sama ada calon demokrat ataupun republic yang menang, dasar luar Amerika Syarikat akan disusun rapi oleh pihak yang terlibat dan organisasi yang terlibat, dalam satu contoh yang diberikan di atas, adalah CFR. Siapa sangka seorang wanita, Clinton, akan menjadi calon presiden Amerika? Siapa juga sangka personaliti tv dan juga usahawan terkaya, Trump, menjadi calon presiden Amerika? Semua ini tidak berlaku secara kebetulan. Perancangan ke arah itu sudahpun dibuat.
Dunia akan menyaksikan, corak orde baru yang akan berubah selepas ini. Kuasa dunia tidak lagi didominasi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di barat. China telah memulakan inisiatif mencipta sistem-sistem di bawah kelolaan mereka sendiri, seperti AIIB (Asian Infrastructure Investment Bank) memainkan peranan yang hampir sama dengan World Bank. Adakah ianya akan saling melengkapi? Atau saling berlawanan? Kita akan saksikan. Dalam hal ini, salah seorang pendana kepada CFR wakil Rockefeller Brothers Fund, Nelson Rockefeller ada menyebut tentang konsep pentadbiran dunia baru yang diimpikan, “New World Order should consist of East and West Corporation”. Pentadbiran dunia yang baru sepatutnya merangkumi kerjasama antara Timur dan Barat.
Oleh:
Fatin Nadhirah, Asyraf Farique & Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS Institute