PM Turki : Mungkin dengan MHP

Turkey’s Prime Minister Ahmet Davutoglu (6th L) meets main opposition Republican People’s Party (CHP) Leader Kemal Kilicdaroglu (7th L) as part of the first round of coalition talks in Ankara, Turkey, July 13, 2015, as they are flanked by Ak Party and CHP officials. The first round of coalition talks is due to begin later on Monday, with Davutoglu meeting Kemal Kilicdaroglu, leader of the secularist opposition CHP, Turkey’s second-biggest party. Davutoglu warned opposition parties not to question the role of President Tayyip Erdogan during coalition talks starting on Monday, saying to do so would sabotage efforts to form a new government. REUTERS/Hakan Goktepe/Prime Minister’s Press Office/Handout via Reuters ATTENTION EDITORS – THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. REUTERS IS UNABLE TO INDEPENDENTLY VERIFY THE AUTHENTICITY, CONTENT, LOCATION OR DATE OF THIS IMAGE. THIS PICTURE IS DISTRIBUTED EXACTLY AS RECEIVED BY REUTERS, AS A SERVICE TO CLIENTS. FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS. NO SALES. NO ARCHIVES. THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. IT IS DISTRIBUTED, EXACTLY AS RECEIVED BY REUTERS, AS A SERVICE TO CLIENTS
Turkey's Prime Minister Ahmet Davutoglu (6th L) meets main opposition Republican People's Party (CHP) Leader Kemal Kilicdaroglu (7th L) as part of the first round of coalition talks in Ankara, Turkey, July 13, 2015, as they are flanked by Ak Party and CHP officials. The first round of coalition talks is due to begin later on Monday, with Davutoglu meeting Kemal Kilicdaroglu, leader of the secularist opposition CHP, Turkey's second-biggest party. Davutoglu warned opposition parties not to question the role of President Tayyip Erdogan during coalition talks starting on Monday, saying to do so would sabotage efforts to form a new government. REUTERS/Hakan Goktepe/Prime Minister's Press Office/Handout via Reuters ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. REUTERS IS UNABLE TO INDEPENDENTLY VERIFY THE AUTHENTICITY, CONTENT, LOCATION OR DATE OF THIS IMAGE. THIS PICTURE IS DISTRIBUTED EXACTLY AS RECEIVED BY REUTERS, AS A SERVICE TO CLIENTS. FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS. NO SALES. NO ARCHIVES. THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. IT IS DISTRIBUTED, EXACTLY AS RECEIVED BY REUTERS, AS A SERVICE TO CLIENTS
Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu (6 dari kiri) bersama pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP) Kemal Kilicdaroglu (7 dari kiri) sebagai sebahagian daripada rundingan pakatan pusingan pertama di Ankara, Turki, 13 Julai, 2015, di samping wakil AKP dan CHP. REUTERS

Akar umbi Justice and Development Party (AKP) lebih cenderung wujudkan kerajaan campuran dengan Nationalist Movement Party (MHP) walaupun MHP enggan untuk membantu AKP membentuk kerajaan, kata Perdana Menteri Turki, Ahmet Davotoglu.

Perdana Menteri, yang dalam proses berusaha untuk membentuk kerajaan dengan parti pembangkang, telah mengadakan perbincangan dengan MHP, Republican People’s Party (CHP) dan Peoples’ Democratic Party (HDP) minggu ini.

“Terdapat lebih kecenderungan ke arah MHP,” kata beliau dalam satu temu bual lewat malam dengan saluran berita swasta NTV. “Mereka tidak mempunyai tindak balas yang kuat terhadap CHP tetapi tidak banyak kecenderungan ke arah HDP.”

Pusingan kedua rundingan dijadualkan akan berlaku minggu depan selepas sambutan Aidilfitri.

Davutoglu, yang telah diberi mandat selama 45 hari untuk membentuk kerajaan bermula 9 Julai, memberitahu bahawa akar umbi AKP akan menyokong kuat mana-mana keputusan kepimpinan.

“Mereka berkata bahawa mereka akan sentiasa menyokong saya. Suara ini memberikan satu keyakinan kepada saya dan pendapat untuk membentuk kerajaan gabungan muncul dari peringkat akar umbi.”

Pada hari Selasa, pemimpin MHP Devlet Bahceli mengulangi bahawa partinya lebih suka kekal dalam pembangkang daripada menyertai kerajaan. Walau bagaimanapun, Davutoglu tidak menolak ada kemungkinan wujud pakatan dengan MHP, yang mendapat 80 kerusi dalam pilihan raya parlimen 7 Jun lepas.

“Kami bersetuju dengan Bahceli untuk berbincang semula dalam mesyuarat kedua. Saya membaca beberapa tajuk-tajuk di akhbar seperti MHP menutup pintu [untuk menyertai kerajaan], yang bagi saya tidak tepat menurut persepsi saya,” kata beliau.

“Pendirian Bahceli yang tidak pernah berubah sejak malam hari pilihan raya. Dia tidak berkata apa-apa yang baru berkenaan menutup pintu [untuk tubuh kerajaan gabungan] kepada kami bahkan beliau mengulangi apa yang beliau katakan pada 7 Jun.”

Rundingan dengan CHP

Sebagai sebahagian daripada pusingan pertama rundingan pakatan, PM Turki telah membuat kesimpulan pertemuannya dengan pemimpin CHP Kilicdaroglu dalam ‘suasana amat mesra’. Rundingan pertamanya dengan Kilicdaroglu adalah mesyuarat ‘membina pemahaman yang betul’. Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak mengadakan pertemuan empat mata dengan Kilicdaroglu.

Beliau berkata, mesyuarat dengan pengerusi parti-parti politik di pusingan pertama rundingan pakatan atas dasar pendirian berprinsip bersama untuk membina kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain.

Davutoglu berkata perbincangan dengan pemimpin CHP, Kemal Kilicdaroglu telah memberi tumpuan kepada 14 prinsip CHP, selaku pemenang tempat kedua dalam pilihan raya dengan 132 kerusi, yang menginginkan prinsip-prinsip tersebut diambil kira sebagai sebahagian daripada perjanjian gabungan.

“Saya memberitahu Kilicdaroglu bahawa kam boleh bersetuju secara konsep dengan lapan atau sembilan daripada prinsip mereka manakala hanya dua atau tiga yang lain memerlukan perbincangan lanjut,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa Omer Celik, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, telah ditugaskan sebagai wakil parti itu untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan CHP.

AKP kekal sebagai parti terbesar dengan 258 kerusi di Parlimen dengan 550 anggota, memerlukan lagi 18 kerusi bagi mendapat majoriti parlimen.

CHP atau MHP berpotensi menjadi rakan komponen AKP, manakala HDP pro-Kurdish bertegas tidak mahu bergabung dengan AKP.

Ucapan Davutoglu kepada kepimpinan HDP pada Rabu lepas memberi tumpuan kepada konflik Kurdi di wilayah tenggara Turki – fokus kepada “proses penyelesaian” yang dilancarkan pada tahun 2013 untuk menghentikan keganasan hampir 30 tahun.

Perdana Menteri berkata hubungan yang HDP kepada PKK – yang diharamkan sebagai kumpulan pengganas di Turki, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat – adalah membimbangkan dan menggesa supaya HDP melonggarkan hubungannya dengan kumpulan itu. “Kita perlu untuk atasi masalah tersebut,” katanya.

 

Susunan : Farris Hanafi

Sumber : AA [1][2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Erdogan : HDP mesti putuskan hubungan dengan PKK

Next Post

Netanyahu ‘Hasut’ Kongres AS Bantah Perjanjian Nuklear Iran

Related Posts
Skip to content