Polisi Sumber Mineral Negara Masih Guna Model Legasi Kolonial?

Alam Melayu terkenal sebagai kawasan yang kaya dengan sumber alam, terutamanya sumber galian, rempah-ratus dan hasil hutan. Kekayaan Alam Melayu dengan sumber alam telah menjadikan wilayah ini sebagai tempat tumpuan utama pedagang dari seluruh dunia bagi mendapatkan komoditi mineral.

Namun begitu, Alam Melayu ini bukan hanya menjadi pembekal kepada komoditi mineral mentah untuk disalurkan kepada kerajaan luar, tetapi juga menjadi hub industri pemprosesan mineral merangkumi sektor huluan dan hiliran. Buktinya, sekitar awal abad ke-16, Melaka menjadi antara pembekal mata wang utama kepada kerajaan-kerajaan di seluruh dunia yang ingin berdagang

di Alam Melayu. Ketika itu Melaka mempunyai teknologi untuk memproses timah, perak dan emas menjadi mata wang, jongkong-jongkong (dalam pelbagai kegunaan), serta binaan asas dalam industri lain seperti pembuatan senjata, pembinaan, serta industri perkapalan.

Sumber mineral ini dikumpulkan melalui kawasan tanah jajahannya seperti Kelang, Selangor, Bemam, Manjung, Beruas dan Kedah. Selain itu, pengumpulan ini juga dilakukan melalui usaha penaklukan kawasan-kawasan yang strategik seperti Siak dan juga Kampar dalam menjadikan Melaka sebagai hub utama industri pemprosesan mineral di rantau ini.

Penjarahan asing terhadap sumber mineral negara

Kekayaan yang dimiliki oleh Alam Melayu ini mempengaruhi kemasukan pelaburan asing daripada syarikat kapitalis selama ratusan tahun. Mereka bukan sahaja mengeksploitasi sumber mineral Alam Melayu ini, tetapi juga mengambil alih dengan paksaan teknologi pemprosesan mineral dan menukar fungsi Alam Melayu ini daripada hub industri pemprosesan mineral kepada hanya sekadar menjadi pembekal komoditi mentah untuk keperluan industri di Eropah. Dasar penjajahan ini telah menjadikan sumber mineral mentah sebagai komoditi eksport untuk memajukan negara dan industri penjajah.

Pada tahun 1919, eksport getah dan penghasilan timah di Tanah Melayu masing-masing meliputi lebih daripada separuh jumlah eksport getah dunia dan separuh penghasilan timah di dunia. Hasil pendapatan daripada dua industri ini sangat memberi kesan sehingga Tanah Melayu dikenali sebagai “senjata dolar empayar Inggeris”.

Satu pemerhatian yang perlu diakui adalah hasil mineral Tanah Melayu yang dirompak oleh bangsa Inggeris inilah yang telah memajukan England ketika British berada dalam krisis kekurangan wang selepas perang. Malah, Tanah Melayu yang telah membantu untuk membiayai British ketika Perang Dunia kedua. Misalnya, pada tahun 1951, pendapatan Tanah Melayu telah mencecah sehingga USD400 juta dan 83 peratus daripada jumlah ini berpindah ke tabungan mata wang sterling di London untuk menampung defisit imbangan pembayaran antarabangsa berikutan usaha pembinaan semula England selepas perang.

Menurut Profesor Jomo, di sebalik sumbangan besar Tanah Melayu kepada pendapatan dan pembangunan British, perbelanjaan awam penjajah di Tanah Melayu sangatlah sedikit. Kebanyakan hasil pendapatan getah dan bijih timah dihantar pulang ke London untuk manfaat golongan kapitalis elit British di England, bukannya untuk penduduk peribumi Tanah Melayu.

Proses peleburan timah pada ketika itu dimonopoli oleh dua firma British; Straits Trading Company dan Eastern Smelting Company. Pemilikan kaum Melayu dan penglibatan mereka dalam industri yang menguntungkan ini amat kecil dan hampir tidak wujud jika dibandingkan dengan kelompok-kelompok yang lain. Pemilikan kaum Melayu, kebanyakannya oleh Sultan telah dihapuskan dan diganti dengan pencen. Bahkan pada tahap buruh, upah untuk kaum Melayu lebih rendah jika dibandingkan dengan kaum Cina.

Selepas kemerdekaan, polisi negara terhadap sumber alam masih mengikut model legasi kolonial. Negara masih menjadi pengeluar kepada sumber mineral mentah untuk kegunaan industri negara-negara kuasa besar seperti, Amerika Syarikat, China, Jepun dan Eropah. Oleh kerana tiada teknologi dan modal, kerajaan meneruskan dasar mineral penjajah dengan menjadikan sumber mineral mentah sebagai komoditi eksport. Keuntungan begini adalah bersifat jangka masa sederhana dan lebih menguntungkan rejim kerajaan yang memerintah pada ketika itu.


MAMPUKAH KEWANGAN & SUMBER MINERAL NEGARA BERTAHAN KETIKA PANDEMIK?

Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia menurun kepada 4.5 peratus tahun ini berbanding 6.0 peratus yang diunjurkan April lalu. Penurunan itu berikutan peningkatan semula kes Covid-19 dan pelaksanaan sekatan pergerakan yang memberi kesan jangka pendek kepada ekonomi negara.

Negara terpaksa membelanjakan sebanyak lebih RM600 billion sejak pandemik berlaku. Ia berikutan perlaksanaan pakej rangsangan dan bantuan bernilai RM380 billion serta belanjawan tahunan bernilai RM322.5 billion untuk tahun 2021.

Dalam masa yang sama, dalam tempoh pandemik ini juga kerajaan telah mendedahkan bahawa Malaysia mempunyai RM4.11 trillion sumber mineral iaitu menyamai 13 tahun jumlah belanjawan negara tahunan.

Namun timbul persoalan, adakah Kewangan & Sumber Mineral Negara diurus dengan baik ketika pandemik? Adakah negara kita mampu bertahan untuk tempoh 5-10 tahun lagi?

Sertai kami di persidangan ICRIS pada 12 Ogos 2021

Daftar Sekarang!!!⬇️⬇️⬇️
https://bit.ly/ICRIS2021
https://bit.ly/ICRIS2021
https://bit.ly/ICRIS2021

Layari http://event.iris.institute/ untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia alami cuaca panas, kering hingga September

Next Post

Kontrak PMTK Malaysia Merosot 14.5 peratus kepada RM281.1 bilion pada 2020 – Perangkaan

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content