Protes Besar-Besaran Menanti Israel Sempena Hari Nakba

nakba

Timur Tengah, 14 Mei 2015 – Sempena Hari Nakba yang ke-67 iaitu hari di mana 700,000 rakyat palestin kehilangan tempat tinggal gara-gara pencerobohan rakyat Israel pada tahun 1948, beberapa rakyat Palestin telah ditangkap di Jerusalem.

Berikutan itu, Israel berusaha untuk memperketatkan kawalan keselamatannya di sekitar kawasan Jerusalem, Tebing Barat dan penempatan Arab yang berpotensi untuk berlakunya rusuhan.

Namun, Sabtu lalu rusuhan telah pun bermula antara rakyat Palestin dengan pihak polis Israel Laknatullah di Timur Jerusalem dan berdekatan Masjid Al-Aqsa sehingga mengakibatkan beberapa rakyat Palestin ditangkap dan lebih 30 orang tercedera serta tidak ketinggalan juga meninggalkan kesan parah buat tentera-tentera Israel Laknatullah.

Sepanjang jalan di Timur Jerusalem pula, rakyat Palestin turut berkabung sempena pengebumian seorang remaja Palestin, Morad Ayyash,17, yang cedera ditembak semasa rusuhan Jumaat lalu di Silwan.

Hari Nakba turut disambut oleh rakyat Jordan dan Mesir sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin di mana 35 bas berkonvoi menuju ke Jalur Gaza yang berlepas dari Kaherah pada Sabtu lalu.

Namun, Jumaat lalu pihak berkuasa Mesir telah bertindak lebih awal dengan menutup laluan ke Semenanjung Sinai termasuk ‘’Peace Bridge’’ (salah satu laluan utama yang menghubungkan Mesir ke Sinai) kecuali laluan ke penempatan semenanjung tersebut.

Meskipun menghadapi pelbagai kesukaran untuk turut menyertai Hari Nakba di Palestin, rakyat Mesir tetap meneruskan konvoi tersebut malah ada yang berjaya melepasi sempadan Rafah walaupun terdapat larangan untuk memasuki kawasan tersebut. Tidak kurang juga yang berkumpul di Kaherah dan di ‘’Peace Bridge’’ untuk bersama-sama menyambut Hari Nakba.

Di sebalik Jalur Gaza pula, kanak-kanak turut berarak memprotes di tengah kota Gaza dengan pantauan dari Hamas sementara Pertubuhan Pembebasan Palestin di kem pelarian Bureij berhimpun secara besar-besaran.

Tidak cukup dengan itu, di hadapan Pejabat London’s 10 Downing Street dan kediaman Perdana Menteri UK, David Cameron telah dijadualkan satu aktiviti protes dan turut disertai dengan langkah berjaga-jaga.

Di Tebing Barat pula telah banyak acara yang dirancang sempena Hari Nakba termasuklah ‘’hari kerja sukarela’’ di perkampungan Palestin yang berdekatan di Bethlehem.

Namun begitu, Jumaat lalu pihak berkuasa Israel Laknatullah telah mengadakan sekatan di hadapan Kota Lama Jerusalem dan perkarangan Al-Aqsa serta membenarkan hanya 45 orang lelaki Palestin yang memiliki kad pengenalan Israel saja untuk memasuki bersembahyang di kawasan suci tersebut.

Oleh: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber: Al Jazeera and agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesin Penyulingan Air laut, Harapan Baru Buat Gaza

Next Post

Syiah Cuba Merampas Kuasa

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content