RUU Pindaan SKMM Dibentang Kali Pertama, Perluaskan Bidang Kuasa Suruhanjaya

Cadangan pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 bertujuan untuk memperluas kuasa dan untuk meningkatkan had nilaian kontrak yang boleh dibuat oleh Suruhanjaya.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil pada Isnin telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. – RTM

Menerusi RUU tersebut, SKMM diberi kuasa untuk mengkaji semula atau mengaudit maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen atau penyedia perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi kepada Suruhanjaya. – Parlimen

Selain itu, skop kuasa SKMM turut diperluaskan untuk mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit aktiviti mana-mana pemegang lesen atau penyedia perkhidmatan berkaitan sistem komunikasi yang ditentukan oleh Suruhanjaya. – Parlimen

SKMM juga akan dipertanggungjawabkan membangunkan dan mengawal selia piawaian berkaitan infrastruktur, platform serta keselamatan bagi memastikan perlindungan, integriti dan keutuhan aset maklumat, rangkaian komunikasi dan perkhidmatan komunikasi. – Parlimen

RUU tersebut turut memberi kuasa kepada SKMM untuk menyiarkan maklumat mengenai perkara-perkara tertentu termasuk mana-mana prosiding sivil atau jenayah yang diambil oleh Suruhanjaya dan kompaun yang dikeluarkan. – Parlimen

Di samping itu, had nilai kontrak yang boleh diluluskan oleh SKMM tanpa memerlukan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan dicadangkan dinaikkan daripada RM5 juta kepada RM50 juta. – Parlimen

Peruntukan lain dalam RUU ini turut bertujuan memperjelaskan komposisi keanggotaan suruhanjaya, termasuk menetapkan bahawa individu yang memegang jawatan Pengerusi SKMM tidak boleh menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – Parlimen

Menurut Fahmi, rang undang-undang tersebut dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua dalam sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung dan dijangka berakhir pada hari Khamis (16 Julai). – RTM

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS Sasar Sektor Strategik Malaysia Untuk Kepentingan Pertahanan & Keselamatan Washington

Next Post

Menteri Dan Ketua Pengarah Kini Punyai Kuasa Lebih Luas Ke atas Kawalan Padi dan Beras

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000