Menteri Dan Ketua Pengarah Kini Punyai Kuasa Lebih Luas Ke atas Kawalan Padi dan Beras

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 memperluaskan kuasa Menteri dan Ketua Pengarah merangkumi penetapan harga, gred, pelesenan, dan pengawalseliaan pemindahan fizikal padi atau beras.

Fasal 2 RUU tersebut meminda perenggan 4(2)(c) Akta 522 untuk memberi Ketua Pengarah kuasa untuk menguatkuasakan harga maksimum atau minimum bagi padi atau beras. – Parlimen

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin, berkata kuasa itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan menteri terlebih dahulu. – Bharian

Katanya, pindaan dan pemberian kuasa itu sangat penting sebagai langkah intervensi pantas bagi mengekang sebarang manipulasi harga di pasaran yang boleh menjejaskan kebajikan pesawah mahupun pengguna. – Bharian

Selain itu, fasal ini juga adalah berbangkit daripada pindaan yang dibuat kepada seksyen 29 Akta 522, yang kini memberi Menteri kuasa untuk menetapkan gred beras dan kawalan harga bagi beras bergred itu. – Parlimen

Tambahnya, pindaan akan turut dilakukan ke atas Seksyen 29 Akta 522 bagi memberi peluasan kuasa kepada menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang lebih menyeluruh. – Bharian

“Peraturan ini meliputi aspek pelesenan pembeli padi, penetapan gred beras serta kawalan harga bagi beras bergred itu, dan juga kawalan, larangan, atau pengawalseliaan pemindahan fizikal padi atau beras bagi mengekang aktiviti penyorokan atau penyeludupan,” katanya. – Bharian

Bagi menangani isu ketidakpatuhan undang-undang, Foong Hin berkata pindaan turut dibuat terhadap Seksyen 22 Akta 522 bagi menaikkan kadar denda am terhadap kesalahan yang penaltinya tiada diperuntukkan secara nyata. – Bharian

Antara pindaan utama kepada Seksyen 22 Akta 522 ialah menaikkan kadar penalti am kepada denda tidak melebihi RM250,000 bagi individu, manakala syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM1 juta. – Parlimen

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU Pindaan SKMM Dibentang Kali Pertama, Perluaskan Bidang Kuasa Suruhanjaya

Next Post

Selepas Ambil Alih Pelabuhan Sapangar, Bekas Ketua Syarikat Pelabuhan UAE, DP World Kini Terajui MMC Ports

Related Posts

RADAR EDISI 66

[membership level=”1″] RADAR EDISI 65 5 September 2019 -DALAM NEGARA- Politik 1. Jeffrey G Kitingan, Presiden Parti Solidariti…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000