Sejarah Amerika Bermula Daripada Radical Protestanism

ush1

 

New England merupakan kawasan yang terletak di kawasan Timur Laut Amerika Syarikat terdiri daripada negeri Connecticut, Maine, Rhodes Island, New Hampshire, dan Vermont. Penduduk kawasan ini dikenali sebagai New Englander ataupun Yankee, adalah mereka yang berhijrah daripada England sekitar kurun ke-17 masihi.

Kawasan ini pada permulaannya didiami oleh indian tribes yang merupakan penduduk asal benua amerika utara ataupun New World. Sejarah penghijrahan penduduk England ke Amerika mempunyai pelbagai sebab dari segi politik, ekonomi dan keagamaan. Namun, suatu perkara yang menjadi perhatian kepada kewujudan masyarakat immigran di kawasan New England ini adalah berdasarkan faktor agama.

Sekitar kurun ke-17, wujud ketegangan antara Raja England, iaitu Raja Henry VIII dan Pope Roman Katolik. Ketegangan ini berpunca daripada keingingan Raja Henry yang bermazhab Katolik pada waktu tersebut ingin menikahi seorang remaja perempuan bernama Anne Boleyn dan seterusnya menceraikan isterinya, Catherine. Di dalam mazhab Katolik, perceraian adalah diharamkan. Hal ini telah membawa kepada wujudnya mazhab Church of England hasil daripada ketegangan kedua-dua pemimpin ini, sekaligus membawa kepada beberapa asas yang diwujudkan oleh King Henry VIII untuk menghalalkan proses perceraiannya antaranya:

1) dominasi baru Church Of England menggantikan autoriti Pope kepada King of England

2) Golongan gereja (clergymen) Church of England diletakkan di bawah kuasa Raja

3) Raja England boleh bercerai dan berkahwin sebanyak yang boleh mengikut kehendaknya

Ajaran di dalam Church of England ini dari segi spiritual, dogma dan kepercayaan adalah sama seperti di dalam ajaran Katolik cumanya direformasikan dengan 3 perkara di atas. Hal ini masih memberikan diskriminasi kepada pendukung ajaran Protestan di England dari segi ekonomi, kedudukan dan sebagainya.

Perkara ini telah menyebabkan golongan pendukung gerakan Protestan di England ataupun dikenali sebagai Puritans berhijrah ke New World dan menetap di kawasan yang dikenali hari ini sebagai New England. Survival Puritans di Amerika banyak bergantung kepada toleransi, kebaikan, dan sokongan yang ditunjukkan oleh pribumi Indian di Amerika pada awal kedatangan mereka. Pada permulaan kedatangan mereka di Amerika, puak-puak Indian ini banyak membantu dari segi mengajar menangkap ikan dan juga menghasilkan tanaman.

 

92821732

 

John Winthrop (1587-1649), gabenor Puritans di Massachusetts antara penggerak utama kepada penghapusan dan diskriminasi penduduk asal berkulit hitam Amerika di wilayah New England, menyatakan adalah legal kedatangan mereka ke New World untuk menjadi penguasa di wilayah tersebut dan kenyataannya di justifikasi dengan seruan di dalam bible melalui Psalms 2:8:

“ask me, and I will make the nations your inheritance, the ends of the earth your possesion.”

kemudiannya, alasan untuk menggunakan kekerasan terhadap penduduk berkulit hitam yang menghalang tanah mereka daripada diambil oleh kristian Protestan Puritans adalah berdasarkan Romans 13:2 :

“Whosoever therefore resist the power, resist the ordinance of God: and they that resist shall receive to themselves damnation.”

Apabila tanah penduduk asal ini semakin banyak berjaya mereka miliki, maka tentangan daripada penduduk asal semakin meningkat. Imigran Protestan Pruritan ini seterusnya menggunakan beberapa taktik antaranya :

1) Membunuh dengan agresif mereka yang tidak bersenjata

2) Pembunuhan massa penduduk Indian

3) Membakar kampung-kampung penduduk asal Indian

Sesiapa sahaja yang berhijrah ke kawasan tersebut setelah mereka berjaya berkuasa di New England tidak terlepas daripada diskriminasi, rasis, dan dihalau daripada mendiami kawasan tersebut.

Peristiwa yang mereka lakukan ini didakwa oleh mereka sebahagian daripada ajaran yang terkandung di dalam bible tetapi hakikat sebenarnya adalah tindakan mereka ini bercirikan falsafah humanism yang dibawa oleh Machiavelli, falsafah yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada manusia untuk melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

 

Azry Mustapa

Pengarah, Al-Quds Centre for Studies & Development

 

Rujukan:

Dr. Muhammad Arif Zakaullah, Religion and Politics in America: The Rise of Christian Evangelists and Their Impacts, Al-Zaytouna Centre for Studies and Consultations, 2007

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Krisis Yaman & Syiah Houthi

Next Post

Budaya Meludah – Analisa Polisi Sosial di Singapura

Related Posts
Skip to content