Semburan Air tanda bantahan Turki terhadap LGBT

image

 

Taksim Square: Ahad lalu, pihak polis telah mensasarkan semburan air terhadap ahli demonstrasi yang membuat perarakan tahunan bagi golongan gay. Tindakan sedemikian diambil bagi menghentikan perarakan tersebut.

Serpil Karacan, pemberita Al Jazeera melaporkan dari Istanbul bahawa pihak pembangkang parlimen Turki telah membentuk “human chain” bagi menunjukkan protes terhadap tindakan pihak polis tersebut.

Bradley Secker, wartawan yang berada di tempat kejadian mengeluarkan kenyataan bahawa golongan LGBT yang berarak berada dalam keadaan terpinga-pinga apabila pihak polis mula mensasarkan semburan air terhadap mereka. Ini kerana, perarakan yang sama telah diadakan pada 21 Jun, namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis.

AFP News Agency percaya bahawa pihak polis bertindak sedemikian apabila ahli demonstrasi melaungkan kenyataan yang menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan dengan melabelkan beliau sebagai “facsisme”.

Tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Turki namun, terdapat laporan yang mengatakan tindakan ini diambil bagi menghormati bulan Ramadhan.

Walau bagaimanapun, Karacan berkata, pelbagai jenis perarakan telah dilakukan sejak 13 tahun lalu tanpa gangguan daripada pihak polis dan pada tahun lepas, perarakan yang djalankan pada bulan Ramadhan turut tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak berkuasa.

Taksim yang terletak di tengah-tengah bandaraya Istanbul telah menjadi saksi kepada pelbagai aktiviti rusuhan yang tidak pernah putus-putus sejak 2013.

Kegiatan di Taksim Square dan Istikal terhenti kira-kira pada jam 2 petang waktu tempatan apabila semua ahli protes mula bersurai dan meninggalkan bandar tersebut.

Sumber : AlJazeera

Susunan oleh : Khadijah Hanim Zulhaimi

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

FF3 : Marianne of Gothenburg dalam ‘tawanan’ Israel

Next Post

Turki Lantik Speaker Parlimen Baru

Related Posts
Skip to content