Turki Lantik Speaker Parlimen Baru

Dari kiri ; Ismet Yilmaz (AKP), Deniz Baykal (CHP), Ekmeleddin Ihsanoglu (MHP), dan Dengir Mir Mehmet Firat (HDP).
Dari kiri ; Ismet Yilmaz (AKP), Deniz Baykal (CHP), Ekmeleddin Ihsanoglu (MHP), dan Dengir Mir Mehmet Firat (HDP).

Tiada pemenang muncul dalam dua pusingan pertama pilihanraya untuk jawatan speaker parlimen, pusingan ketiga akan diadakan pada hari Rabu.

ANKARA – Masih lagi tiada pemenang bagi jawatan Speaker Parlimen setelah 2 pusingan pilihanraya speaker diadakan. Dari empat calon yang ada, tiada sesiapa yang mendapat undi majoriti 2/3.

Semua ahli parlimen akan bersidang semula pada hari Rabu untuk pusingan ketiga pengundian di mana calon yang menang hanya memerlukan majoriti mudah. Jika itu tidak masih tiada pemenang, pusingan keempat di antara kedua-dua calon utama dari pusingan sebelum ini akan diadakan.

Pengundian yang dibuat dalam kalangan 550 ahli parlimen telah dijalankan melalui undian rahsia.

Ismet Yilmaz dari Justice and Development Party (AKP) menerima 256 undi manakala Deniz Baykal dari Republican People’s Party (CHP) memperoleh 128 undi.

Ekmeleddin Ihsanoglu, dari Nationalist Movement Party (MHP), dan Dengir Mir Mehmet Firat dari Parti Demokratik Rakyat pro-Kurdish (HDP), masing-masing memperoleh 80 undi.

Sumber : AnadoluAgency

Farris Hanafi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Semburan Air tanda bantahan Turki terhadap LGBT

Next Post

Turki Sedia Hulur Bantuan Atasi Krisis Greece

Related Posts
Skip to content