Siswazah Bumiputera Paling Ramai Menganggur

Situasi pasca Wabak Covid-19 merekodkan trend kehilangan pekerjaan di negara ini dijangka akan meningkat daripada 50 peratus kepada 200 peratus sepanjang tahun ini berikutan banyak perniagaan dan syarikat menutup operasi akibat pandemik Covid-19

Siswazah Bumiputera Paling Ramai Menganggur

Menurut Laporan Statistik Siswazah 2019 yang dikeluarkan oleh Jawatan Perangkaan Negara menunjukkan siswazah Bumiputera paling ramai menganggur sebanyak 122.1 ribu orang dengan sumbangan 71.7 peratus diikuti oleh Cina dengan 31.5 ribu orang 18.5 peratus.

Sementara siswazah India pula adalah seramai 13.6 ribu orang iaitu 8 peratus. Bumiputera dijangka terus menyumbang kepada kadar pengangguran paling tinggi dalam kalangan mahasiswa pasca wabak Covid-19 ini berdasarkan unjuran semasa.

Mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh MDEC, seramai 400,000 orang terbabit dalam ekonomi Gig, majoriti siswazah yang menganggur memilih untuk terlibat dalam sektor ini seperti menjadi pemandu Grab dan penghantar makanan Food Panda.

Walau bagaimapun masih lagi tiada angka rasmi berapa peratus jumlah Bumiputera yang terlibat dalam sektor pekerjaan Gig ini.

Rajah 1: Statistik Siswazah menganggur mengikut kumpulan etnik, Malaysia, 2019

Peratusan Bumiputera yang Memiliki Ijazah Paling Rendah

Bagi peratusan penduduk bekerja mengikut pencapaian pendidikan di Malaysia, Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bilangan pekerja yang memiliki pendidikan tertiari (SPM dan ke atas) daripada keseluruhan populasi etnik tersebut seramai, 34.5 peratus, diikuti oleh Cina 31.9 peratus dan India 30.4 peratus.

Rajah 2: Penduduk bekerja mengikut pencapaian pendidikan dan kumpulan etnik, Malaysia,
2019

Walaubagaimanapun, Bumiputera mencatatkan jumlah paling rendah dalam peratusan pekerja yang memiliki Ijazah iaitu 14.5 peratus berbanding, India 16 peratus dan Cina 17.2 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Singapura tambak kawasan Pulau Batu Putih seluas 10 padang bola

Next Post

Singapura Perhebat Carian Arkeologi Untuk Bawa Naratif Temasik Bukan Kota Melayu

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content