Hong Kong Tawar rumah subsidi sebesar 186 kaki persegi tahun hadapan

Beberapa flat ditetapkan sekecil 186 kaki persegi, dengan 30 peratus berukuran kurang daripada 322 kaki persegi

Rumah flat kecil akan ditawarkan secara subsidi oleh Pihak Berkuasa Perumahan Hong Kong pada tahun hadapan dengan beberapa rumah dianggarkan hanya seluas 186 kaki persegi iaitu kira-kira bersamaan dengan saiz 11/2 tempat letak kereta. Rumah flat sebesar itu telah disubsidikan kepada penduduk Hong Kong sejak 30 tahun yang lalu dibawah Skim Pemilikan Rumah 1978.

320 unit kecil tersebut terletak di kawasan pembangunan lapangan terbang lama, Kai Tak dan akan menjadi antara 8,926 flat subsidi yang akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun hadapan.

Selain itu, lebih kurang 30 peratus rumah daripada keseluruhan projek tersebut berkeluasan kurang daripada 322 kaki persegi. Rumah flat sebesar itu semakin banyak dibekalkan oleh pihak berkuasa, iaitu 22 peratus pada 2020 dan 15 peratus pada 2019.

Flat terkecil akan terletak di tapak bekas lapangan terbang di Kai Tak yang dibangunkan semula. Foto: Dickson Lee

Skim Pemilikan Rumah tersebut direka untuk membolehkan isi rumah berpendapatan rendah hingga sederhana membeli rumah flat mampu milik.

Kumpulan perumahan flat untuk tahun 2022 akan ditempatkan di tujuh kawasan  yang kebanyakannya dia bandar iaitu Kai Tak, North Point, Ma Tau Kok, Kwun Tong, Tseung Kwan O, Sha Tin dan Tung Chung.

Berkeluasan dari 186 kaki persegi hingga 479 kaki persegi, ia akan dijual pada harga 49 peratus kurang daripada nilai pasaran, atau antara HK$1.24 juta dan HK$5.31 juta (RM670 ribu hingga RM2.85 Juta).

Unit seluas 186 kaki persegi di Kai Tak, berharga HK$8,530 sekaki persegi, berharga HK$1.59 juta. Senarai saiz purata rumah flats di lamanweb pihak berkuasa di semua projek Skim Pemilikan Rumah yang lalu menunjukkan unit di Kai Tak adalah yang terkecil.

Tetapi pihak berkuasa pada hari Selasa berkata angka untuk flat baharu itu hanya sementara, dan harga tepat serta saiz flat tertakluk kepada pelarasan kerana pelan lantai bangunan masih belum dimuktamadkan. Satu kertas mengenai penetapan harga dan pengaturan jualan telah dihantar kepada jawatankuasa perumahan bersubsidi pihak berkuasa untuk kelulusan.

The Post melaporkan pada November bahawa pihak berkuasa merancang untuk membina rumah flat yang lebih kecil dalam projek-projek akan datang kerana mereka terdesak untuk memenuhi sasaran perumahan yang ditetapkan kerajaan.

Di Hong Kong, pasaran hartanah adalah paling mahal di dunia, pemaju swasta semakin banyak membina rumah sempit yang dikenali sebagai “flat nano” dalam usaha untuk menarik pembeli yang tidak mampu membeli rumah yang lebih besar.

Tseung Kwan O ialah satu lagi lokasi yang dirancang untuk beberapa flat bersubsidi tahun depan. Foto: Dickson Lee

Kerajaan mengakui bahawa ruang kediaman yang sempit adalah masalah utama dalam masyarakat dengan pegawai berjanji untuk meningkatkan saiz unit perumahan awam sebanyak 10 atau 20 peratus dalam jangka masa panjang, dan mewujudkan saiz minimum rumah flat untuk sektor swasta.

Sumber: South China Morning Post

Projek-projek pembandaran sering dilihat sebagai aras kemajuan sesebuah negara. Namun, bagaimana sekiranya ia dilihat sebagai aras penghapusan bangsa secara halus?

Dapatkan buku terbaharu terbitan IRIS Institute bertajuk “Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia” untuk merungkai bagaimana bangsa Melayu terhapus secara halus melalui projek ‘settler colonialism’ di Malaysia. Klik pada pautan dibawah untuk mengetahui harga dan isi kandungan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SJKC Konsisten Terima dana Sebanyak RM50 Juta dari kerajaan Pusat Sejak 2014

Next Post

Pencerobohan Sempadan Malaysia Oleh China Semasa Pandemik Covid-19

Related Posts
Skip to content