SKMM dengan Kerjasama Penyedia Paltform Media Sosial Turunkan 6,492 Konten Sejak Awal Tahun 2023, Tingkat Kawalan ke atas Konten dan Akaun Media Sosial

Menurut Fahmi Fadzil, lebih 6,000 keping kandungan dalam talian yang dianggap palsu atau manipulatif telah dikeluarkan dari paltform media sosial sejak Januari 2023. Tambahnya, SKMM telah membentuk satu pasukan khas dengan polis bagi menyiasat kes membabitkan penyebaran maklumat palsu di media sosial. (The Star, FMT)

Berdasarkan laporan META, SKMM telah mengarahkan META untuk menyekat 3,100 konten termasuk yang berunsurkan kritikan kepada kerajaan dan yang menyentuh soal bangsa dan agama dari Januari hingga Jun 2023. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6 kali ganda berbanding pada 6 bulan pertama 2022. Peningkatan sekatan dilaporkan mula meningkat sejak separuh kedua 2022. Jumlah sekatan ini merupakan tertinggi sejak 2017. (META)

Dalam pada itu, Malaysia dilaporkan menjadi negara paling tinggi menyekat kandungan di TikTok berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara. Berdasarkan laporan TikTok, dalam tempoh Januari hingga Jun 2023, kerajaan telah mengarahkan TikTok untuk menyekat atau mengeluarkan sebanyak 4,083 konten atau akaun di paltform itu. Jumlah sekatan ini merupakan tertinggi sejak 2019. (TikTok, Reuters)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China Lancarkan Satelit TJS-11 Tingkatkan Kuasa di Ruang Angkasa, Bina Rangkaian Perisikan Angkasa Lepas Bagi Pantauan ke atas Indo Pasifik

Next Post

Kerajaan Rancang Izinkan Syarikat China Buka Kilang Penapisan Nadir Bumi di Malaysia, Bakal Buka Peluang kepada China untuk Dominasi Sumber dan Industri Nadir Bumi Negara

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content