Straits dapat kelulusan bangunkan hab STS terbesar Asia di Labuan

PETALING JAYA – Straits Inter Logistics Bhd. (Straits) telah menerima kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia untuk Victoria STS (Labuan) Sdn. Bhd. (Victoria STS) membangunkan hab pemindahan tenaga kapal ke kapal (STS) luar pesisir bersepadu di Teluk Victoria, Labuan. 

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Ron Ho Kam berkata, pihaknya bercadang untuk membangunkan hab STS menjadi salah satu hab pemindahan tenaga bagi gas petroleum cecair (LPG) dan juga simpanan gas asli cecair (LNG) pesisir terbesar di Asia.

Ini disokong oleh kedudukan Teluk Victoria yang terletak di laluan dagangan bagi kapal tenaga antarabangsa.

Hab STS akan menjadi projek tenaga perdana Straits yang akan terletak di dalam had pelabuhan kawasan perairan dalam Teluk Victoria yang merangkumi 3309 hektar yang menyokong enam dermaga STS awal dengan kedalaman air yang selamat hingga 30 meter.

Pembangunan itu akan memajukan pengenalan kemudahan pemindahan tenaga pelbagai fungsi canggih yang dapat menampung kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) hingga ukuran Q-Max dan kapak minyak mentah sangat besar (VLCC).

Fasa pertama hab STS akan dibangunkan infrastruktur canggih dan bersesuaian kargo LNG, gas petroleum cecair (LPG), gas etilena cecair (LEG) dan kargo petroleum dan minyak pukal.

Hab STS dijadualkan beroperasi pada suku keempat 2021 dan Victoria STS telah bekerjasama dengan dua rakan utama, MISC Maritime Services Sdn Bhd (MMS) dan STS Marine Solutions (Bermuda) Ltd (STSM) sebagai rakan kerjasama strategik bagi pembangunan hub.

“Kami teruja dengan perancangan baharu untuk membangunkan hab pemindahan STS yang mana ia akan menjadi penanda utama bagi Kumpulan Straits.

“Selama ini Straits telah membangunkan infrastruktur komprehensif dan meluaskan asas pelanggan, melalui projek hab STS ini, ia akan menggalakkan Kumpulan melangkah dalam bidang tenaga alternatif dan kelestarian. 

“Projek ini juga sebagai langkah awal buat Kumpulan untuk menjadi pemain utama dalam industri tenaga alternatif dan kelestarian selain memfokuskan kepada perniagaan sedia ada iaitu pengangkutan bahan api serta operasi pelabuhan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Cadangan Straits tersebut telah membuka mata banyak pelabur asing dari dalam dan luar negara untuk terlibat dalam projek mega tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata, pihaknya bakal berbincang dengan beberapa entiti sebagai persediaan untuk projek berkenan tidak lama lagi.

“Syarikat lain di dalam Kumpulan Straits juga akan memperoleh manfaat daripada kejayaan perniagaan tersebut,” katanya dalam kenyataan

Sumber: Berita Harian & Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Sasar 1.6 juta penjawat awam, Pacu Wakaf Jadi Sektor Ketiga Ekonomi

Next Post

Bigpay raih dana sehingga US$100 juta, sasar jadi bank pencabar digital terkemuka

Related Posts
Skip to content