Anwar Bersedia Mulakan Semula Projek KSCIP Yang Ditamatkan Mahathir

Sumber: KSCIP Malaysia

Projek King Salman Centre for International Peace (KSCIP) atau Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman adalah projek yang dicadangkan selepas lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud ke Malaysia pada Mac 2017. Cadangan projek tersebut turut melibatkan penyertaan bekas perdana menteri, Najib Razak dalam sidang kemuncak di Riyadh yang turut dihadiri oleh bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Menurut beberapa sumber, Projek KSCIP akan dijadikan sebagai pusat keamanan tetap yang akan menangani isu-isu dan ancaman keselamatan dan keganasan melalui penyelidikan dan perkongsian maklumat. Projek ini juga bertujuan untuk mempromosi keamanan dan dialog antara kumpulan-kumpulan dan negara-negara yang berbeza serta untuk menyediakan latihan dan pembinaan kapasiti bagi pegawai penguatkuasa undang-undang di rantau ASEAN mengenai pencegahan keganasan.

Agensi-agensi yang bekerjasama dengan projek KSCIP ialah Malaysia dan Arab Saudi, dengan sokongan daripada rakan-rakan lain seperti Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Muslim World League, dan Global Centre for Combating Extremist Ideology di Riyadh. Projek ini juga melibatkan kesemua 10 negara ASEAN yang bersetuju dengan inisiatif tersebut.

Projek ini yang sepatutnya dibina di Putrajaya dengan kos anggaran RM500 juta yang mana akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi, telah dihentikan pada tahun 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir dan Mat Sabu sebagai menteri pertahanan tanpa berunding dengan pihak Arab Saudi.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Malaysia terbuka untuk mengadakan perbincangan semula berhubung pembinaan KSCIP dan tidak bersetuju dengan cara penutupan projek tersebut.

*Global Centre for Combating Extremist Ideology, juga dikenali sebagai “Etidal”, ialah sebuah pusat global di Riyadh yang bertanggungjawab untuk memerangi ekstremisme. Perjanjian untuk menubuhkan pusat ini telah diumumkan pada 21 Mei 2017, semasa pertemuan antara Raja Arab Saudi Malik Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa Sidang Kemuncak Riyadh. Matlamat pusat ini ialah untuk memerangi, mendedahkan, dan menyangkal ideologi ekstremis, dengan kerjasama dengan kerajaan dan organisasi yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiga Memorandum Ditandatangani Sewaktu Kunjungan Anwar Ibrahim Ke Arab Saudi

Next Post

Malaysia-Arab Saudi: Usaha Strategik Baharu Dan Pengaruh Saudi-Beijing

Related Posts
Skip to content