Strategi Israel : Gerakan Pelobi

sumber: Google image

 

Dibawah lindungan Amerika

Selaku kuasa besar, Amerika Syarikat cenderung untuk menerapkan nilai universal bagi menjamin keamanan dunia. Usaha Amerika Syarikat dalam merealisasikan impian selaku empayar dan polis dunia sering terzahir di dalam polisi luar terutama kepada Korea Utara, Iran, dan Pakistan. Pelbagai peraturan dan sekatan yang dikenakan, namun kesemua nilai dan peraturan yang dibawa oleh Amerika syarikat tidak terpakai terhadap sebuah negara yang menjadi anak emas empayar demokrasi liberal iaitu Israel.

Meneliti sikap pilih kasih Amerika Syarikat terhadap Israel dengan lebih lanjut, Washington semenjak 1982, telah melakukan veto sebanyak 43 kali bagi menjamin keselamatan Israel di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Lebih mengejutkan apabila Amerika Syarikat menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi di dalam program nuklear Israel dengan menjadikannya satu-satunya negara di timur tengah yang mempunyai keupayaan senjata nuklear, sesuatu yang tidak terjadi di Iraq apabila ia dituduh sebagai pengeluar senjata pemusnah berskala besar (Weapon of Mass Destruction) dan berakhir dengan peperangan yang tiada penghujung.

Disebalik segala usaha yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sebagai sekutu setia, Israel secara terang-terangan melakukan hubungan dengan pesaing empayar iaitu China dengan bukan hanya dalam bidang kerjasama teknologi ketenteraan tetapi dengan impak yang lebih besar, Israel  telah bersetuju  untuk menyertai konglomerat Bank Pelaburan Infrastruktur Asian (AIIB); sesuatu tindakan yang bersifat destruktif terhadap Washington. Meskipun tindakan tersebut seperti mengkhianati Washington, ia terus konsisten melindungi Israel dengan mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel. Hal ini ternyata satu persoalan besar kepada dunia, mengapakah Israel begitu istimewa dan kebal dimata Amerika syarikat ?

 

Ilusi Empayar

Bagi menjawab perkara tersebut terdapat beberapa rasional yang boleh dibina. Selepas tragedi 9/11, Amerika Syarikat membentuk ilusi bahawa ia diancam kumpulan pengganas yang berasal dari wilayah yang sama iaitu Timur Tengah, dalam erti kata lain, pengganas adalah berasal dari dunia Islam.

Kedudukan geografi Israel, seperti mana dirancang oleh Britain adalah sebuah kawasan yang dikelilingi negara Arab, hal ini memberi satu ruang kepada Israel untuk menonjolkan dirinya sebagai sekutu strategik Amerika kerana kedudukan Israel terletak diantara “rogue state” seperti Iran, Iraq dan Syiria membayangkan bahawa Amerika dan Israel berkongsi musuh yang sama.

Perspektif ini membawa kepada perkongsian maklumat risikan terhadap “penganas”, perkembangan nuklear, dan perkembangan politik timur tengah. Pengalaman ketenteraan Israel secara tidak langsung juga membentuk polisi dalam Amerika Syarikat di dalam kempen anti – keganasan dan keselamatan dalam negara. Penyelidikan ketenteraan Israel juga membekalkan Amerika Syarikat dengan teknologi terbaru dalam peperangan moden seperti senjata siber, robot dan drone, serta kenderaan militer yang lebih sofistikated.

Selain daripada itu, Amerika Syarikat juga ingin membuktikan bahawa nilai universal demokrasi boleh wujud dimana-mana menjadikan kewujudan Israel sebagai sesuatu yang absah mengikut nilai demokrasi liberal. Malangnya, selaku anak emas empayar, Israel secara eksplisit ditubuhkan sebagai negara Yahudi berkewarganegaraan berdasarkan pada prinsip kekerabatan darah – sebuah undang-undang rasis yang tidak bertamadun d idalam dunia global.

Tanggungjawab yang besar juga perlu dijinjing oleh Amerika Syarikat selaku kuasa empayar kerana naratif sejarah dunia mengkonsepsikan bahawa Yahudi selaku bangsa tertindas di eropah. Natijah daripada itu, Yahudi seharusnya mendapat masa depan yang lebih baik lalu membolehkan Amerika Syarikat memejam mata di atas setiap jenayah yang dilakukan Israel.

 

Peranan Pelobi

Ilusi empayar yang disebutkan ternyata bukanlah sesuatu yang menjelma secara tiba-tiba sebaliknya ia digerakkan secara komprehensif oleh pelobi Yahudi bagi menjamin kelangsungan Israel. Matlamatnya adalah menubuhkan satu negara tunggal di wilayah Palestin yang dibawa melalui  Ben Gurion, Goldar Meir, Yitzhak Rabin hinggalah ke Benjamin “Bibi” Netanyahu. Antara gerakan pelobi yang terkenal di Amerika Syarikat ialah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) dan  Persidangan Presiden Pertubuhan-pertubuhan Yahudi Utama (CPMJO). Kedua pertubuhan pelobi ini diangotai pemikir jalur keras Yahudi dan penyokong parti Likud.

Kumpulan evengalis kristian juga turut memainkan peranan dengan menjasadkan perjuangan melobi bagi Israel kepada peringkat individu. Nama-nama seperti Gary Bauer, Jerry Falwell, Ralph Reed, dan Pat Robertson, serta Dick Armey dan Tom DeLay adalah individu berpengaruh di dalam sistem politik Amerika. Mereka mempercayai bahawa kelahiran semula Israel adalah sebahagian daripada kepercayaan Injil, menyokong agenda peluasannya, dan berfikir menekan Israel adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Dick Armey seorang ahli kongress Amerika Syarikat misalnya menyatakan dengan lantang bahawa “Keutamaan saya yang pertama dalam dasar luar adalah melindungi Israel”. Gerakan kumpulan pelobi kian jelas apabila Jared Kushner, berbangsa yahudi yang menjadi anak menantu Donald Trump, memainkan peranan penting dalam kempen serta polisi luar Amarika Syarikat di Timur Tengah. Jared adalah watak penting dalam mengubah pandangan Arab Saudi apabila siri-siri lawatannya membawa kepada perjanjian ketenteraan seperti jual beli senjata serta perubahan polisi luar Arab Saudi terhadap negara serantau.

 

Kesimpulan

Meneliti strategi Israel di dalam menjaga survivalnya ternyata  ia mempunyai struktur halus dan mencapah di dalam sendi politik Amerika Syarikat. Kegiatan pelobi tidak terhad kepada satu entiti tetapi individu yang mempunyai pelbagai latar belakang yang mempunyai tujuan yang sama iaitu menegakkan negara haram Israel di tanah Palestin. Mengkoordinasi sejumlah manusia yang ramai untuk satu tujuan yang sama pula dilihat mustahil melainkan pelobi Yahudi mempunyai keanggotaan di dalam badan-badan rahsia di peringkat tertinggi – namun kebanyakan kajian moden kurang meneliti aspek ini menjadikan pandangan umum sering tersasar melihat gambaran yang lebih besar mengenai kedalaman jaringan pelobi.

 

Luqman Abd Hamid

Pengkaji IRIS Institute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China peroleh tanah lebih banyak daripada SHTI

Next Post

Padan Muka Amerika Dibelasah Turki

Related Posts