Israel rancang 3 Pelan baharu ‘Genosid’ Hapus penduduk Palestin di baitulmaqdis

Isu pengusiran beberapa orang keluarga Palestin yang menetap di kawasan penempatan Syaikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur adalah sebenarnya sebahagian daripada pelan induk Israel dalam meningkatkan bilangan orang Yahudi dan mengurangkan bilangan rakyat Palestin melalui proses penjajahan, anjakan dan penghapusan secara beransur-ansur.

Terdapat 3 pelan utama yang digagaskan iaitu, “Jerusalem 2020 Master Plan”, “The Maron Plan” – Pelan Pembangunan dan Kemajuan Kerajaan Tempatan, dan juga Jerusalem 5800 (juga dikenali sebagai Jerusalem 2050) – Pelan Pembangunan daripada sektor swasta.

Image
Visi 2050 Pembandaran oleh Israel

Ketiga-tiga pelan ini dijalankan melalui cara pembandaran strategik dengan matlamat mewujudkan “Jewish City” bertaraf metropolitan dan strategi ini telah digunakan sejak tahun 1967 lagi dalam meningkatkan penguasaannya ke atas Baitulmuqaddis.

“Jerusalem 2020 Master Plan” ialah sebuah pelan terperinci yang telah dirangka dan dijalankan oleh jawatankuasa perancangan negara bagi Baitulmuqaddis Timur dan Barat sejak pendudukan Israel di Baitulmuqaddis Timur pada tahun 1967.

Pelan ini meliputi beberapa aspek pembangunan termasuklah perancangan bandar, arkeologi, pelancongan, ekonomi, pendidikan, pengangkutan, alam sekitar, budaya, dan seni.

Matlamat utamanya ialah menjadikan Baitulmuqaddis sebagai satu unit bandar, pusat metropolitan , dan ibu negara haram Israel. Terdapat beberapa pelan untuk membina unit rumah di beberapa kawasan sedia ada serta dengan membina kejiranan baharu Yahudi sebanyak 62.4%.

Kadar Kelahiran Penduduk Berbangsa Yahudi yang meningkat berbanding Bangsa Arab hasil dari penghapusan berterusan Zionis

Pelan ini juga dijangka menghubungkan penempatan Israel di Tebing Barat ke Baitulmuqaddis dan Tel Aviv.

Manakala Pelan Marom pula ialah pelan untuk pembangunan Baitulmuqaddis sebagai international city di mana pelaksanaannya dibantu oleh sebuah badan kajian iaitu “The Jerusalem Institute of Israeli Studies” yang giat menjalankan rundingan, penyelidikan, dan pemantauan untuk Pelan Marom.

Institut ini merupakan pusat penyelidikan yang memainkan peranan utama dalam dasar perancangan dan pembangunan Baitulmuqaddis dalam bidang perancangan bandar, demografi, infrastruktur, pendidikan, perumahan, industri, pasaran buruh, pelancongan, kebudayaan, dan lain-lain.

Model Sosioekonomi Pelan Bandar Metropolitan Jerusalem

Pelan Marom juga bertujuan untuk membangunkan Baitulmuqaddis sebagai bandar pelancongan apabila kerajaan haram Israel telah pun memperuntukkan sekitar $42 juta untuk membangunkan Baitulmuqaddis sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, manakala Kementerian Pelancongan pula dijangka memperuntukkan kira-kira $21.5 juta untuk pembinaan hotel di Baitulmuqaddis.

Selain pelancongan ialah aspek pendidikan tinggi menerusi pembinaan universiti bertaraf antarabangsa bagi menjadikan Baitulmuqaddis sebagai “leading academic city” yang akan menarik kemasukan pelajar Yahudi dan antarabangsa untuk menetap di Baitulmuqaddis sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.

“Jerusalem 5800” Master Plan atau dikenali juga sebagai “Jerusalem 2050,” adalah pelan pembangunan daripada sektor swasta yang diasaskan oleh Kevin Bermeister, inovator teknologi Australia dan pelabur hartanah.

Pelan ini menyediakan cadangan projek untuk Baitulmuqaddis sehingga tahun 2050 dan berfungsi sebagai “pelan induk transformasi untuk Baitulmuqaddis” yang dilaksanakan bersama dengan agensi-agensi perbandaran dan kerajaan negara yang lain.

Antara matlamat The “Jerusalem 5800” Master Plan ini termasuklah menjadikan Baitulmuqaddis “the Middle East’s anchor tourist attraction and resource,” dengan menyasarkan sejumlah 12 juta pelancong yang akan melawat secara tahunan.

Selain pelancongan, pelan ini turut mencadangkan pembinaan laluan pengangkutan berkualiti tinggi, termasuk laluan kereta api berkelajuan tinggi, rangkaian pengangkutan awam yang luas, projek lebuh raya dan pembinaan lapangan terbang di Lembah Horkania antara Baitulmuqaddis dan Laut Mati.

Irdina Hakimah
Kolumnis Fokus

1 comment
  1. Itu adalah tanah suci asli penduduk umat Islam Palestine . Masjid Al Aqsa adalah harta suci bagi umat Islam dan sememangnya serta tidak akan sesekali mereka mahupun Kami memberikan kepada kamu yahudi dan zionis Israel ! Kami juga turut bersama mereka berjuang sampai akhir hayat demi menjadikan semula Al Quds dan masjid Al Aqsa milik kami ( umat Islam ) serta ” jangan pernah pandang rendah hebatnya sebuah doa dari kami kepada Allah Yang maha pemurah lagi maha mengasihani ” .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Media Cina Gelar Hamas Pertubuhan Militan

Next Post

Surat Pemimpin Hamas Khaled Meshal kepada umat Islam

Related Posts
Skip to content