Tembakan di Gereja: Dunia Kritik Polisi Dalaman Amerika

Ahli keluarga mangsa tembakan di College of Charleston, South Carolina sedang bersedih atas insiden 19 Jun lalu yang mengorbankan 9 nyawa (AFP Photo)
Ahli keluarga mangsa tembakan di College of Charleston, South Carolina sedang bersedih atas insiden 19 Jun lalu yang mengorbankan 9 nyawa (AFP Photo)

 

Kejadian tembak-menembak yang berlaku di South Carolina, Amerika Syarikat yang melibatkan 9 kematian warga Afrika-Amerika telah membuka mata dunia, menunjukkan bahawa rakyat Amerika terlalu mudah untuk memiliki senjata api dan secara tidak langsung menyumbang kepada masalah ketegangan kaum yang semakin berleluasa di negara ini.

Dylan Roof, 21, rakyat Amerika berkulit putih ini didakwa telah menembak mati 9 orang lelaki berkulit hitam  di Charleston, South Carolina, AS pada Rabu lalu. Roof telah menerima tuduhan mahkamah atas kesalahan membunuh dan penyalahgunaan senjata api.

 

Reaksi masyarakat dunia

1. Dalam akhbar Britain, The Associated Press melaporkan bahawa AS masih mempunyai masalah dalam menangani isu senjata api dan masalah perkauman.

2. Akhbar The Independent dengan mudahnya meletakkan tajuk muka depan mereka “America’s Shame” apabila mereka menyifatkan bahawa sifat perkauman mula terjadi kembali semenjak perlantikan Presiden Barack Obama pada tahun 2009.

3. Di Australia dan Timur Asia, kejadian seperti ini jarang didengari dan pemilikan senjata api bagi sesuatu individu adalah tidak mudah dan rakyat kebanyakan berasa bingung apabila AS sering terlibat dalam kejadian tembak menembak, tetapi undang-undang bagi mengehadkan pemilikan senjata api masih belum dilaksanakan.

“Kami tidak faham apakah keperluan bagi rakyat Amerika memiliki senjata api. Perkara ini sangat mengelirukan rakyat bukan Amerika.” Kenyataan ini dikeluarkan oleh Philip Alpers, pengarah projek PolicyGun.org bagi University of Sydney yang membuat kajian dalam membezakan polisi penggunaan senjata api di seluruh dunia.

4. Agensi dari Xinhua News pula mengkritik pembunuhan beramai-ramai di South Carolina yang mencerminkan kerajaan AS yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penggunaan senjata api yang tidak terkawal dan sifat rasis antara rakyat masih berleluasa.

Mereka berkata lagi “ Kejadian seperti ini tidak akan dapat diatasi melainkan kerajaan AS yang diketuai Presiden Barack Obama mengkaji semula isu dalaman seperti diskriminasi antara kaum dan ketidaksamarataan sosial serta bertindak tegas dalam penggunaan senjata api oleh rakyat AS.”

 

AS Bercanggah Dengan Seluruh Dunia.

1. Claire Taylor, pengarah dan wakil Gun Free South Africa berkata “AS sudah mempunyai pendapat yang bercanggah dengan seluruh dunia. Kami sendiri sudah mengetatkan penggunaan senjata api dan pengurangan melibatkan jenayah senjata api dapat dilihat.”

2. Ahmad Syafi’i Maarif, bekas ketua salah sebuah organisasi Islam terbesar di Indonesia berkata insiden tembak menembak di gereja ini telah mengejutkan satu dunia. Beliau berkata lagi, “Kejadian yang berlaku di gereja Charleston ini menguatkan lagi kenyataan bahawa sifat perkauman masih wujud terutamanya di kalangan komuniti kecil dan pelbagai tindakan di luar jangkaan boleh berlaku, sama seperti keganasan yang dimulakan oleh individu itu sendiri.”

Sumber: PressTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 40% Rakyat Palestin adalah Pelarian

Next Post

Ahli Politik Anti-Islam Berkeras Untuk Mengadakan Pameran Kartun Nabi Muhammad

Related Posts
Skip to content