Tentera Israel Tembak Bapa, Anak Tiga Tahun Di Kepala

Maram al-Qaddumi (dikendong) telah ditembak di kepala oleh tentera Israel di penempatan Tebing Barat, bandar Kafr Qaddum.
Maram al-Qaddumi (dikendong) telah ditembak di kepala oleh tentera Israel di penempatan Tebing Barat, bandar Kafr Qaddum.

Tentera Israel telah menembak dan mencederakan ketua polis Nablus dan anak perempuannya yang berumur 3 tahun di penempatan Tebing Barat, kata pegawai yang bertugas.

Murad Ishteiwi, pegawai kanan bersama Gerakan Fatah Palestin, telah memberitahu agensi berita Ma’an bahawa Kolonel Abd al-Latif al-Qaddumi dan anak perempuannya, Maram telah mengalami kecederaan selepas ditembak dengan peluru keluli bersalut getah oleh tentera Israel pada Jumaat lalu di bandar Kafr Qaddum, berdekatan dengan bandar Qalqilya di penempatan yang sama.

Ishteiwi berkata anak tersebut ditembak secara langsung di kepala ketika dia sedang berdiri di balkoni rumahnya di mana ketika itu tentera Israel sedang menyerbu bandar tersebut bagi menghalang perarakan Kafr Qaddum yang dibuat setiap minggu.

Bapa Maram pula cuba untuk membawa Maram ke hospital dengan menaiki keretanya namun, tentera Israel melepaskan tembakan dan turut mencederakan al-Qaddumi di kepala, tambah pegawai itu. Walau bagaimanapun, mereka disahkan mengalami kecederaan sederhana.

Warga Palestin kerap diserang setiap minggu

Tentera Israel kerap menyerbu perkampungan, kebun dan rumah warga Palestin, menyebabkan kerosakan fizikal dan trauma psikologi. Manakala pertubuhan antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia pula berkata rejim Tel Aviv secara berterusan menguatkuasakan sekatan terhadap kebebasan pergerakan warga Palestin di Tebing Barat dan kesemua wilayah lain.

Lebih kurang 39 warga Palestin telah dilaporkan cedera pada setiap minggu akibat serangan tentera Israel sejak awal 2015.

Wartawan turut diserang Israel Laknatullah

Pada hari yang sama, tentera Israel Laknatullah telah menyerang dua wartawan AFP di Tebing Barat dan peralatan mereka turut dimusnahkan. Thomas Cox, Ketua Biro AFP, berkata Andrea Bernardi dan Abbas Momani telah dikasari di kota Beit Furik semasa mereka membuat liputan berkenaan bantahan berikutan pengebumian seorang warga Palestin yang mati akibat ditembak oleh tentera Israel pada minggu lepas.

Kedua wartawan tersebut sedang berjalan menuju ke bantahan tersebut sebelum peralatan mereka dirampas dan dihancurkan, kata Cox dan menambah lagi, ”tetapi, tentera Israel datang dan mengambil kamera serta barang-barang mereka di poket termasuk bateri dan kad memori. Kemudian, Andrea datang semula untuk mengambil kameranya. Pada ketika inilah, tentera Israel melompat ke atasnya dan mengacukan pistol ke mukanya”.

Ketika itu, mereka berdua memakai topi keledar keselamatan dan memakai baju perisai yang bertulis ”Wartawan”. Bernardi berkata askar tersebut menolaknya ke jalan dan menekan lutut ke dadanya sehinggalah dia berjaya menunjukkan kad wartawannya.

 

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : Press Tv

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemimpin Tertinggi IM Dikasari Pegawai Keselamatan Mesir Ketika Perbicaraan

Next Post

Terkini: Jepun Dibenarkan Menghantar Tenteranya Berperang

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content