Pemimpin Tertinggi IM Dikasari Pegawai Keselamatan Mesir Ketika Perbicaraan

Mohamed Badie (baju biru gelap) telah dikasari pegawai keselamatan ketika prosiding perbicaraannya sedang berlangsung padda 19 September lalu.
Mohamed Badie (baju biru gelap) telah dikasari pegawai keselamatan ketika prosiding perbicaraannya sedang berlangsung padda 19 September lalu.

Dua pemimpin tertinggi kumpulan Ikhwanul Muslimin(IM) Mesir, Mohamed Badie dan Mohamed Beltagi, telah dikasari pasukan keselamatan semasa sesi perbicaraan tentera -di mana kedua-duanya dihadapkan pertuduhan keganasan- pada 19 September lalu, tegas Penyelaras Hak dan Kebebasan Mesir (ECRF), sebuah kumpulan hak asasi Mesir pada Khamis lepas dalam sebuah kenyataan di laman Facebook.

Menurut laporan yang dibuat oleh keluarga kedua-dua pemimpin tersebut, seorang pegawai keselamatan telah melemparkan secawan air kepada Beltagi semasa prosiding perbicaraan sedang berlangsung.

”Ketika Badie cuba untuk mencelah, dia telah dipukul oleh pegawai, digari dan dicampak ke dalam kenderaan polis”, tegas ECRF. Begitu juga dengan Beltagi yang turut dipukul ketika cubaannya untuk mencelah.

IM masih belum mengesahkan dakwaan tersebut bagi pihak mereka.

Sementara itu, Anadolu Agency pula masih belum mendapatkan sebarang komen rasmi berkenaan dakwaan tersebut.

IM satu aktivisme keamanan

Berikutan penyingkiran Morsi, IM telah dilabelkan sebagai ”Organisasi Pengganas” oleh kerajaan Mesir. Bagi IM -sebuah kumpulan Islam- pula secara konsisten menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan IM merupakan satu aktivisme keamanan secara keseluruhannya.

Sejak pertengahan 2013, apabila Mohamed Morsi -presiden Mesir petama yang dipilih secara bebas- telah digulingkan oleh tentera, IM telah menjadi sasaran tindakan keras oleh pihak berkuasa Mesir. Akibat daripada tindakan keras itu, beratus ahli IM dibunuh dan berpuluh ribu dihumban ke penjara.

 

Penterjemah: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Donald Trump Pengecut, Bimbang Pelarian Syria Pengganas

Next Post

Tentera Israel Tembak Bapa, Anak Tiga Tahun Di Kepala

Related Posts
Skip to content