Terbaru: Kumpulan menteri perunding telah bersetuju dalam isu paten ubatan dalam perjanjian TPP. Perjanjian di Atlanta itu menyaksikan para menteri bersetuju untuk satu tempoh paten ubat yang lebih singkat daripada apa yang dicadangkan Amerika Syarikat sebelum ini. Menurut sumber lagi, tempoh tersebut secara efektifnya akan memberikan ubat-ubatan biologik satu tenpoh bebas daripada persaingan ubatan generik.
Biotechnology Industy Association yang berpusat di Washington mengeluarkan kenyataan bahawa mereka “kecewa” dengan kenyataan bahawa wakil perunding AS gagal untuk meyakinkan Australia dan negara TPP yang lain untuk bersetuju dengan cadangan tempoh lanjutan paten selama 12 tahun yang dicadangkan oleh Kongres AS.
Terjemahan oleh: Nur Hanis
Sumber: RT dan AJ