Adakah negara-negara Islam bersedia membina sistem sendiri?

photo_2015-12-17_09-30-53

Ketika saya membaca buku Martin Jacques berjudul When China Rules The World: The Rise of the Middle Kingdom and the End of the Western World, saya dapati ada beberapa perkara menarik tentang China. Dalam cubaan mereka melawan hegemoni barat mereka merangka beberapa indikator sistem mereka sendiri, seperti Confucius Peace Prize sebagai ganti Nobel Prize. Sistem sovereign ratin sendiri Dagong, sebab katanya Moodys, Standard & Poor Fitch bias, China Developement Bank bagi mengantikan IMF dan world bank.

Dan saya lihat langkah delegasi pemikir dan ahli politik Islam semasa persidangan KL summit baru-baru ini untuk membina kekuatan sendiri adalah langkah awal yang baik. Saya tertarik dengan salah satu perbentangan Profesor Dato’ Dr Ir Badrulhisham, CEO Iris Institute semasa KL summit baru-baru ini apabila beliau mencadangkan negara Islam perlu ada sistem penilaian sendiri, sepertimana barat ada UN dan sebagainya. Lalu cadangan ini disahut dan dijadikan anugerah tahunan kepada mana-mana kajian yang menyumbang kepada pembangunan sistem negara Islam.

Secara optimis, saya merasakan, negara-negara Islam mampu untuk membangunkan sistem mereka sendiri. Perancangan gerak kerja harus bermula daripada sekarang. Sudah cukuplah, kita menempel kepada kuasa-kuasa barat. Kita ada kekuatan dan kita boleh bangunkan secara bersama.

Wallahualam

Asyraf Farique
Ketua Editor FOCUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

50 orang mati dalam serangan terbaru Rusia di Damsyik

Next Post

5 buah negara Timur Tengah dipecahkan menjadi 14

Related Posts
Skip to content