TPPA: Amerika Syarikat dan Jepun Tekad Mahu Selesai Perjanjian Minggu Ini

 

tpp-map

NEW YORK – Pada Selasa lalu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Timbalan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah membuat kenyataan bahawa masing-masing telah bersetuju untuk mewujudkan kerjasama antara kedua-dua buah negara tersebut dalam usaha mencapai kata putus berkenaan inisiatif perdagangan bebas Pasifik pada minggu ini.
Biden dan Abe juga yakin bahawa pasukan rundingan untuk Tran-Pacific Partnership yang melibatkan dua buah negara ini akan bekerjasama dengan “matlamat untuk menyelesaikan jumlah terhad bagi isu-isu tertunggak pada mesyuarat menteri-menteri yang akan datang yang bertempat di Atlanta” menurut sumber dari White House.
Perjumpaan antara Abe dan Biden ini diadakan sebelum menteri-menteri dari Jepun, Amerika dan 10 buah negara lain yang terlibat dalam TPP menyambung rundingan pada hari Rabu di Atlanta berkenaan isu-isu yang bermasalah seperti pengecualian dalam penghapusan tarif serta paten ubat.
Seorang pegawai Jepun yang turut serta hadir dalam perjumpaan tersebut merakamkan ucapan Biden yang mengatakan bahawa 12 buah negara yang menyertai perbincangan TPP perlu menggunakan peluang ini untuk mencapai persetujuan.
Katsunobu Kato selaku Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet berkata, Abe memberitahu Biden bahawa penting untuk mereka mencapai persetujuan secepat mungkin supaya mereka dapat menyampaikan mesej kepada semua tentang perkembangan dan kemajuan yang bakal dibawa untuk negara-negara di serata dunia. Zon perdagangan bebas Pasifik dipercayai bakal menampung sebanyak 40 peratus daripada ekonomi dunia.
Tambah Kato lagi, dua orang pemimpin tersebut turut berikrar untuk memberi “kerjasama penuh” ke atas isu-isu yang berkaitan TPP. Selain daripada Jepun dan Amerika, lagi 10 buah negara yang menyertai TPP adalah Brunei, Australia, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore dan Vietnam.
Di Atlanta, Akira Amari yang merupakan menteri yang bertanggungjawab ke atas TPP, memaklumkan kepada wartawan bahawa beliau yakin menjelang rundingan antara menteri, kesemua ketua runding telah membuat perkembangan terhadap isu yang berkaitan dalam perbincangan mereka yang bermula Sabtu lalu.
Amari juga menyatakan beliau mungkin akan mengadakan perbincangan dua hala antara Wakil Perdagangan Amerika Michael Froman dengan Menteri Perdagangan New Zealand Tim Groser sebagai selingan semasa sesi sidang menteri bagi menangani isu-isu yang berbaki.

 

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: JT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Moscow: Bandar yang menyaksikan Masjid Terbesar di Eropah

Next Post

‘Why Nations Fail’- Perspektif Al-Kahfi

Related Posts
Skip to content